Saturday, December 31, 2016

Potluck akhir tahun

Saturday, December 31, 2016 0 Comments

Assalamualaikum!


Biasa malam-malam macam ni aku tak hadap blog sangat. Tapi malam ni istimewa sikit la sebab ada cerita ringkas aku nak kongsi tambah satu lagi entri sebelum melabuhkan tirai 2016. 

Tahun ni aku berjaya catat rekod bekerja di hari-hari terakhir tahun 2016 hehe. Biasa time minggu-minggu terakhir macam ni aku dah lepak di kampung atau di rumah dengan suami dan anak-anak. Tapi tahun ni sampai ke 30hb Disember aku bekerja, sebab cuti rehat dah habis kekdahnya heheheheheπŸ˜†

Friday, December 30, 2016

Nasi Arab Melaka | Restoran Hadramawt Palace, Bukit Baru Melaka

Friday, December 30, 2016 2 Comments


Assalamualaikum!


Bila anak-anak duduk jauh di perantauan, maka hari cuti je la yang boleh diharapkan untuk bawa mak dan abah pergi berjalan atau makan-makan. Aku akui, setiap kali balik kampung kaki ni memang payah nak melangkah keluar dari daerah Duyong. Kalau boleh aku nak rehat-rehat di rumah je tengok tv. Maka, jangan terkejut kalau aku cakap aku belum sampai lagi Pantai Klebang (UPDATE : DAH SAMPAI SINI PUN! HAHAHA) dan merasai coconut shake diaorang yang dah lama popular tu πŸ˜‚

Mak abah pulak jenis tak reti nak keluar berjalan. Kalau kita tanya kita ajak barulah dia nak pergi. Kalau anak-anak tak bawa berjalan, maka tak bergerak mana la kaki tu melangkah.


Bila berjauhan ...

Friday, December 30, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Dari sehari ke sehari nak cerita pasal apa dua beradik tu buat di kampung masa cuti sekolah hari tu. Setiap tahun memang begitulah perjalanannya, bilamana pengasuh cuti dan tiada siapa yang boleh jaga anak-anak sepanjang cuti ni, maka kampunglah tempat yang sesuai. Lagipun, bagi aku lebih baik diaorang habiskan cuti sekolah di kampung temankan atok dan wan, main kejar-kejar ngan ayam dan berbasikal keliling kampung dari terperuk di KL ni menghadap jem pagi dan petang.

Tapi bukanla start je cuti sekolah diaorang terus balik kampung. Kami gilir-gilir la laki bini amik cuti sikit demi sikit jaga kakak dan adik sebelum tu. Cuti rehat kena bajet gak sebab memang hajat nak bawa diaorang jenjalan nanti dan balik kampung di Perak. 

Sepanjang seminggu lebih di kampung tu, memang WhatsApp la jadi penghubung kami 4 beranak. Mujur atok ada smartphone, bolehlah 'pau' henpon atok main mesej ngan ibu. Selama 4 hari jugakla diaorang buat ayat jiwang rindu kami berdua. Wannya siap cakap kakak sampai bengkak mata menangis sebab nak mama ...nak mama. Tak senang ibu kat opis ni nak buat keje bila jadi macam tu. Bukan ape ... kesian kat mak kena pujuk diaorang huhu.


Thursday, December 29, 2016

Renew RoadTax Tanpa Geran Kenderaan

Thursday, December 29, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Alhamdulillah ..urusan renew insurans dan roadtax kereta untuk setahun lagi dah selesai. Hampir semua benda nak kena stenbai duit untuk hujung tahun macam ni. Dengan yuran sekolahnya, dengan barang sekolahnya, dengan bukunya ... kena pastikan semua siap belaka😣

Dua benda ni kalau tak diperbaharui memang susah hati nak lalu mana-mana jalanraya kat Malaysia ni hehe. Mujurlah ingatan ni masih kuat nak ingat bila tarikh akhir kena renew. Sakan sangat jalan meronda sana-sini, tup tup tengok roadtax tarikhnya mati semalam!

So, macam biasala kena renew insurans kereta dulu kan. Tahukah korang? Yang ni pun tak perlu bawa apa-apa dokumen, hanya bagitau je no plat kereta, bayar jumlahnya dan siap! ke aku sorang je yang baru tahu semua ni? hahaπŸ˜‚ Maklumla diknon ..hal renew roadtax dan insurans ni dah jadi urusan 'sri paduka baginda' Pak Jelan. Aku tukang peringat tarikh je hehehe... 



Wednesday, December 28, 2016

Kempen #BebasPlastik di Selangor Bermula Januari 2017!

Wednesday, December 28, 2016 2 Comments

Assalamualaikum!


Bermula 1 Januari 2017, Selangor akan menggiatkan lagi kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' dengan melancarkan kempen #BebasPlastik dan bekas polisterina.

Sebelum itu, kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 telah menjalankan satu kaji selidik dan mendapati 71% rakyat negeri Selangor mengatakan kempen ini perlu diteruskan ke hari-hari yang lain.


Tanda dia suka pakai shawl tu ...

Wednesday, December 28, 2016 2 Comments

Assalamualaikum!

Kebelakangan ni, Mira pakai tudung ala on-off-on-off. Kejap dia pakai kejap dia bukak. Tapi baru-baru ni, dia berkenan kat satu instant shawl kat Kenanga Mall. Dia punya cerewet nak pilih tudung ... dekat sejam memilih dalam kedai tu! 

Tapi berjumpa jugak tudung yang berkenan di hati. Rupanya dia nak tudung yang tak perlu pakai pin, boleh sarung terus dan yang penting dia nampak cantikkkk! Amboiii anak dara ... dah pandai berinstant mengalahkan ibu ye πŸ˜‚

Dah dapat, sekali dua helai dia rembat! Aku suruh amik kaler lain, dia berkenan kat dua kaler je, kuning langsat dan warna coklat. Dah dapat .. sejak dari hari tu dia tak miss pakai bila keluar dari rumah huhu

makan kat gerai

Tuesday, December 27, 2016

Bila tekanan darahku rendah ....

Tuesday, December 27, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Malam kejadian tu macam biasa. Aku masak nasi dan kakak goreng telur. Pak Jelan gi beli sup ekor dan ayam goreng kunyit kat gerai bawah. Baca doa dan makan dengan bahagianya bersama keluarga. 

Sup ekor sedap! Lama tak dapat ekor besar-besar macam ni. Ada sekali tu gi makan kat kedai, dia bagi bahagian ekor paling hujung kat aku, kecik bebenor! Yang Pak Jelan beli ni besar, banyak isi dan sedap kuah dia. Dah sedap kenala menambah nasi kan hehe ...


Dah lepas pukul 10, aku suh anak-anak gi gosok gigi sebelum masuk tidur. Lepas tu aku pulak. Dah siap-siap nak tidur, mata dah nak pejam tapi masih terbayang-bayang kesedapan sup ekor tadi. Puas dapat makan!

Tengah malam sikit, aku tak tau pukul berapa ... badan mula rasa tak sedap. Tidur tak berapa nak lena sebab asyik brukkk brukkk sendawa keluar angin. Apa yang aku makan tadi? Tengok hat kiri hat kanan baik punya lena. Hurmm ... bingkas bangkit masuk bilik air dan .... uwekkkkk *muntah*

Monday, December 26, 2016

Menerjah E-Bundle, Temerloh!

Monday, December 26, 2016 0 Comments

Assalamualaikum!


Di satu hari yang cerah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk masuk negeri Pahang negeri kelahiran kakak dan adik untuk berjalan-jalan sambil makan angin. Lebih tepat lagi, kami ke Temerloh! Bukan untuk makan ikan patin, bukan untuk pergi berjalan-jalan mandi air terjun. Tapi kami ke sana semata-mata nak layan B.U.N.D.L.E!!πŸ˜‚

Walaupun alasannya barangkali tak masuk dek akal ... hahaha. Ye la, macam la kat KL dan Selangor ni takda kedai bundle kan. Tapi apakan daya, kalau dah ada peminatnya dalam keluarga ni, bundle di Korea pun boleh sampai yop! heeee😁


kasut sukan berjenama

kasut sukan

Friday, December 23, 2016

Pokok Mahkota Dewa di kebun abah

Friday, December 23, 2016 5 Comments

Assalamualaikum!


Satu perangai abah aku ni kan, dia ni suka mencuba. Dia suka cuba jus tu la, jus ni la. Kalau aku call, dia akan cerita pasal dia ambil jus ni untuk kawal darah tinggi. Dia ambil jus tu untuk kempiskan perut buncit. Tapi, akhirnya kelaut juga hasil dia.

Tapi baru-baru ni dia bagitau yang dia dan mak dah amalkan minum air buah mahkota dewa je untuk kawal darah tinggi dan melancarkan peredaran darah. Diaorang dah tak ambil jus-jus yang ada di pasaran ni. Hawau ..menghabiskan duit je. Dah la mahal, kesan dia sekejap je pastu takda perubahan pun hehe. 


Pokok mahkota dewa


Berbulan-bulan yang lepas memang aku ada perasan pokok abah tanam kat tepi pagar reban ayam ni. Tapi aku ingat tu pokok buah durian belanda, dan masa tu pokok ni pun kecil lagi. Bulan ni aku balik, tengok-tengok dah besarrrr dah dia!

Abah aku terjebak dengan buah mahkota dewa ni pun sebab kawan dia yang rekomenkan. Kalau nak beli mungkin payah kot, so amik je benih kat kawan dia dan tanam sendiri di halaman rumah. 


dah berbuah

Buah Mahkota Dewa

Beginilah rupa buah mahkota dewa yang telah masak. Tapi buah ni tak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu diracik halus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus atau direndam dalam air panas dan diminum.




Satu lagi, abah cakap buah mahkota dewa ni beracun! Beracun kat mana? kat biji dia. So, bila nak racik tu, elakkan dari terkena pada bahagian biji dia. Katanyaaaa 😊





Untuk dapatkan air rebusan mahkota dewa ni, kepingan buah mahkota dewa yang telah dikeringkan tadi direbus ke dalam periuk tanah dengan sukatan 5 cawan air (seumpamanya). Biarkan ia mendidih sehingga sukatan air menjadi 3 cawan akhirnya. Kemudian, bolehlah diminum.


Khasiat Buah Mahkota Dewa


  • Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
  • Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
  • Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
  • Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
  • Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
  • Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
  • Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
  • Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza
  • Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi
info : khasiatherba.com


Thursday, December 22, 2016

Wednesday, December 21, 2016

Masak Bersama Chef Muluk Di Bengkel Lazada x Nestle Maggi x Tefal

Wednesday, December 21, 2016 4 Comments

Assalamualaikum!


Ok, beberapa minggu lepas aku ada join satu workshop Lazada , Nestle Maggi & Tefal bersama Chef Muluk yang terkenal tu. Ini first time k aku join, memang teruja sangat sebab boleh tengok chef Muluk masak 2 resepi menggunakan produk terkenal seantero dunia iaitu MAGGI

Hari tu juga aku berpeluang memasak bersama rakan blogger lain dan pasukan kami juga kena masak 2 menu pada hari tu. Adehh ..nak kena memasak depan orang ni yang aku segan ni. Tapi, demi menyahut cabaran menang produk Tefal, ku gagahkan juga 😝Nak tahu kami masak apa? jeng jeng jenggg ... baca jangan tak baca haaa πŸ˜‰


amik aura memasak sebelum tu 😜


Memasak memang dah jadi rutin aku sejak berkahwin 10 tahun yang lalu. Masa anak dara pun ada memasak jugak tapi tak sekerap bila dah berkahwin ni. Sekarang anak-anak pun dah pandai minta nak makan macam-macam, lagilah mak diaorang kena pandai masak itu ini kan kan kan πŸ˜‰

Ok ...berbalik kepada workshop hari tu, Chef Muluk sempat berkongsi resepi dan tips untuk menjadikan masakan kita lebih sempurna dan menyelerakan! Dua benda kita kena ada, iaitu peralatan memasak yang memudahkan dan praktikal serta produk masakan yang bermutu tinggi dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Haaa ... dua benda tu dah tentu la peralatan TEFAL & produk MAGGI!




Macam aku cakap tadi, dua benda ni kena ada bila kita nak memasak di dapur. Pertama, peralatan memasak yang praktikal dan memudahkan untuk kita memasak. Bayangkan la kuali kita berkerak-kerak atau bila menggoreng tu sisa makanan melekat pada dasar kuali. Tak ke nak menjadi satu kerja pulak kita nak menyental nanti? Alamakkk cukup aku tak berkenan kalau jadi macam tu tau! Dari rajin terus jadi malas nak memasak dah ..tunggu periuk TEFAL baru macam Chef Muluk pegang ni baru ada mood nak memasak hehehe.


Chef Muluk and his Paella in the making

Paella yang harum semerbak!


Aku tengok senang betul Chef Muluk memasak bila guna periuk Tefal ni. Chef Muluk cakap, kalau nak tahu satu-satu produk tu berkualiti atau tidak, tengok pada berat dia. Kalau periuk atau kuali berat tu maknanya elok la tu. Lagi satu, kawalan api pun lancar je. Istimewanya produk Tefal ni, ia ada penunjuk suhu yang boleh bagitau kita kuali tu sudah panas dan boleh digunakan. Tak perlu la nak renjis air macam dulu-dulu lagi dah kan? heee 😁




Nak jadi rezeki juga hari tu, cik abe kito menang hadiah saguhati dari Tefal sebab dapat jawab soalan Chef Muluk dengan betul! Terkejut aku tetiba sorang brader berbaju kuning yang duduk di belakang sekali angkat tangan dan jawab dengan konfidennya hahaha. Aku yang nak jawab dari tadi tak jawab sampai ke sudah huhu. 


Paella from Chef Muluk
kredit pic : Leya


Oat Mee Salad


Dua menu yang Chef Muluk sediakan ialah Paella dan Oat Mee Salad. Kedua-duanya menggunakan produk MAGGI dan tak susah nak menyediakannya! Serius, memang cepat dan sedap! So sekarang ibu-ibu pun boleh sediakan menu sihat bertaraf bintang untuk keluarga. 

Bengkel Memasak

Tiba giliran blogger pulak memasak. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan aku termasuk dalam kumpulan C. Nak tahu kumpulan C kena masak ape? haaaaa ....


C for Cun! Dari kiri : Eddy, Kak Halimah, Leeyan, me and Leya


Semangat membara dengan sudip masing-masing haha. Muka berseri-seri nak memasak padahal dalam hati neves baq hang! Mujur ada kak Halimah jadi masterchef kitaorang hari tu hehehe. 

Bahan-bahan untuk kitaorang memasak. 


Agak-agak apa kitaorang nak masak ye? Kalau ada ikan pari, cili kisar, daun kesum, bendi dan bunga kantan tu mestilah tak lain tak bukan menu kebanggaan orang Melaka dan Johor. Kalau orang Melaka tak tau memang hawau le hehe. Kami kena masak asam pedas ikan pari dan sayur labu tu masak tumis air ...fuyooooo!


Sayu Labu Tumis Air

Asam Pedas Ikan Pari

Full presentation


Kami diberi masa satu jam untuk menyediakan dua menu ni. Tapi tak sampai 45 minit kami dah siap memasak. Semuanya sebab guna periuk Tefal ni, memang mudah sangat nak kawal api dan cepat masak. Terbaikkkkk!


Tahniah!!

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak di masakannya hehe. Tahniah kepada rakan-rakan blogger dari kumpulan E yang menang hadiah kebabom dari Maggi & Tefal! Korang yang menang hadiah periuk ni kena rajin memasak lepas ni ok hehehe. 




Yang tak menang macam kami pun dapat bawa balik goodies dan barangan dari Tefal juga. Terima kasih Maggi, Tefal & Lazada kerana beri peluang pada aku join workshop yang ohsem macam ni. Korang kalau nak dapatkan barangan Maggi & Tefal, boleh la terjah Lazada sekarang sebab ada potongan harga sekarang ni tau. Memang berbaloi!

Thursday, December 15, 2016

Karpet murah bawah RM100

Thursday, December 15, 2016 1 Comments

Assalamualaikum!


Sunyi sepi blog aku 2 hari ni. Asyik kelaut aje mood nak menaip. Dalam kepala banyak benda nak cerita, tapi mata ni hanya mampu pandang je la laptop dari jauh. Tiba-tiba mata ni terpandang karpet. Ahaaa .... aku tau dah nak citer ape! πŸ˜‚

Kadang-kadang kalau lalu depan kedai karpet Pakistan tu kan, berkenan juga tengok warna karpet dia. Ada sekali tu, aku ngan Pak Jelan saja la kan tanya harga karpet kat booth dalam Tesco tu. Sekali bhai tu cakap, "seribu lima ratus bang ..." alamakkkkkkk! melompat kami keluar dari situ haha.

Monday, December 12, 2016

Sihat & Selamat Dengan Produk LERY GROUP

Monday, December 12, 2016 5 Comments

Assalamualaikum!


Pernah terfikir tak bahawa produk yang kita gunakan untuk seisi keluarga tak kiralah samada ubat-ubatan mahupun bahan pembersih di rumah mempunyai bahan kimia yang membahayakan? Inilah yang menjadi kebimbangan kita kerana tanpa sedari, diri kita dan keluarga mungkin terdedah dengan risiko bahaya alahan atau penyakit akibat kandungan bahan kimia dalam produk tersebut!

Sebagai ibu, aku juga tidak lari dari kebimbangan ini kerana jika difikirkan semula kebanyakan produk yang kita gunakan setiap hari pasti mempunyai bahan kimia! 



Sebenarnya, tak susah nak cari produk yang bebas bahan kimia. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kalau korang baca blog aku ni, confirm korang tak perlu susah payah cari merata sebab aku sendiri akan kongsikan produk keluaran LERY GROUP ni yang selamat dan sihat untuk seisi keluarga πŸ˜‰

Keistimewaan produk keluaran LERY GROUP ni adalah ia berasaskan MINYAK PATI SERAI WANGI dan FORMULA yang dihasilkan TIADA BAHAN KIMIA, TIADA KANDUNGAN DEET (bahan aktif dalam penyembur serangga), TIADA KANDUNGAN ALKOHOL dan yang paling penting ia SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK.


2 in 1 Multipurpose Cleaner 
1 Liter : RM 16.90
10 Liter: RM169.00


2 in 1 Multipurpose Cleaner 
500ml (Semburan): RM9.00 


Fungsi:

πŸ‘‰80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat, lipan, tikus dan sebagainya

πŸ‘‰Dapat mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet, tilam dan bantal
πŸ‘‰Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet
πŸ‘‰Dapat membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya
πŸ‘‰Dapat menghilangkan kotoran degil seperti kotoran yang bergetah dan gris
πŸ‘‰Dapat menghilangakan kotoran degil pada pakaian


Cara Penggunaan:


πŸ’¨Hanya perlu campurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi 1 botol 1 liter atau 10 liter) dan mop.

πŸ’¨Untuk masalah serangga serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.

πŸ’¨Untuk tujuan mencuci lantai, tandas dan sebagainya, hanya semburkan sedikit mengikut anggaran masing-masing, kemudian sental dan bilas.

πŸ’¨Untuk tujuan mengelap sebarang permukaan seperti meja, cermin, tingkap dan sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan lap. Tidak perlu bilas sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.


Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 

500ml : RM16.90


Fungsi:


πŸ‘‰Bertindak sebagai gel mandian yang mencegah dari terkena gigitan nyamuk Aedes dan Zika
πŸ‘‰Melembutkan kulit
πŸ‘‰Menyegarkan badan
πŸ‘‰Air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut
πŸ‘‰Mengharumkan bilik mandi.
πŸ‘‰Dapat membunuh bakteria pada kulit.
πŸ‘‰Dapat dijadikan sebagai losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan merentas desa.


Cara Penggunaan:


πŸ’¨Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes dan Zika pada tapak tangan dan campurkan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas

πŸ’¨Bagi penggunaan losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan merentas desa


Moisturizing Hand Wash : RM 15.90



Fungsi:


πŸ‘‰Dapat membunuh bakteria pada tangan
πŸ‘‰Dapat melembutkan tangan
πŸ‘‰Air bilasan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga di dalamnya

Cara Penggunaan:


πŸ’¨Letakkan sedikit cecair pencuci tangan pada tapak tangan, gosok dan bilas.

Insect Repellent 
55 ml : RM 7.90,1 liter: RM 30.00 
500ml: RM 15.00 , 10 Liter : RM300.00


Fungsi:

πŸ‘‰100% bertindak sebagai agen penghalau serangga dan tikus (terutama masalah serangga yang serius)
πŸ‘‰Bertindak sebagai pengganti kepada AEROSOL yang TIDAK merbahaya kepada kanak-kanak
πŸ‘‰Bertindak sebagai 100% agen untuk mencegah dan menghilangkan bau bilik yang hapak
πŸ‘‰Bertindak sebagai aromaterapi yang berfungsi melegakan tekanan emosi dan membunuh bakteria di dalam udara
πŸ‘‰Bertindak sebagai penghalau semut dan serangga yang lain pada tumbuh-tumbuhan 
πŸ‘‰100% dapat membunuh anai-anai.

Cara Penggunaan:


πŸ’¨Hanya semburkan Insect Repellent pada bahagian yang diinginkan. TIDAK PERLU dilap

πŸ’¨Untuk masalah serangga yang serius semburkan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut

πŸ’¨Untuk masalah bilik yang berbau hapak, campurkan Insect Repellent dengan sedikit air (mengikut anggaran masing-masing dan keluasan bilik) ke dalam mesin aromaterapi dan pasangkan untuk setiap 1/2 jam (mengikut tahap masalah bau hapak tersebut)

πŸ’¨Untuk mengelakkan dari serangga pada tumbuh-tumbuhan, hanya semburkan Insect Repellent pada tumbuh-tumbuhan dan biarkan.

Kombo Kembara (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml): RM 29.00


Kombo Kembara ni sesuai sangat bagi mereka yang suka travel. Masuk hutan tak perlu tergaru-garu dah, pek Kombo Kembara ni insyaAllah boleh melindungi korang dari gigitan nyamuk dan serangga.

Untuk makluman korang, walaupun produk keluaran LERY GROUP baru 3 bulan menapak dalam pasaran tempatan, tapi sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama dari syarikat-syarikat korporat dan persendirian. antara pelanggan korporat mereka ialah Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Hotel Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, Kelab Golf Saujana Subang, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Pam Inn Ampang, Nasi Kandar Kajang Bangi, Tadika Adeela Melawati, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan banyak lagi.

Dimana boleh dapatkan produk keluaran LERY GROUP ni? 

Haa korang boleh beli secara online di Lazada Malaysia, atau boleh dapatkannya di pasar mini terpilih seperti GJ Mart di AU2 Keramat, Pasaraya As Syakirin Melawati dan Suri Halal Mart, Ukay Perdana. Dan pada awal tahun 2017 nanti, produk keluaran LERY GROUP akan dipasarkan di rangkaian hypermarket di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :



LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA.

HOTLINE:
+6016 644 9105

CUSTOMER CARE HOTLINE:
+6019 296 9756


Thursday, December 08, 2016

Pembukaan Butik BINWANI'S Di Aeon Shah Alam

Thursday, December 08, 2016 5 Comments

Assalamualaikum!


Bercakap tentang fesyen dan fabrik berkualiti, pastinya ramai yang sudah mengenali Binwani's antara jenama gah yang mewarnai industri pakaian dan fesyen tempatan semenjak 1925 sehingga kini. Dan semalam, Binwani's telah melangkah maju setapak lagi dengan perasmian butik Binwani's nya di AEON SHAH ALAM.




Selain Aeon Shah Alam, Binwani's boleh didapati di :

  • The Curve, Mutiara Damansara
  • Ampak Park Shopping Complex
  • Bangsar Shopping Centre
  • Alamanda Putrajaya

Disini aku kongsikan serba ringkas sejarah Binwani's untuk info kita bersama 😊

Sejarah Binwani's 1925

Binwani's telah diasaskan oleh En. Rupchand pada tahun 1925 di Riau, Indonesia. Dalam tempoh yang singkat, beliau telah membuka 2 cawangan iaitu dia Jambiand dan di Riau. Beliau telah menjemput sepupu beliau untuk turut membantu menguruskan perniagaan pada tahun 1938. Beliau turut membuka cawangan di Singapore. Pada tahun 1940, En. Rupchand telah membuka kedainya yang pertama di Malaysia dan Pulau Pinang menjadi tapak permulaan untuk beliau. Pada masa ini, perniagaan beliau mendapat sambutan menggalakkan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1948, meninggalkan seorang isteri, 6 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Semenjak itu, isteri beliau Devi yang mengambil alih tugas menguruskan perniagaan tersebut.

Pada tahun 1955, selepas Tingkatan 5 Chandru Binwani menyertai perniagaan keluarga ini dan mula belajar tentang selok belok perniagaan. Pada tahun 1972, Chandru Binwani datang ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan pertamanya dia Jalan Raja Chulan. Bermula tahun 1984, pengurusan syarikat digalas sepenuhnya oleh Chandru Binwani dan penyelesaian pelanggan menjadi falsafah dan keutaman beliau. Atas dasar prinsip inilah yang diamalkan oleh 3 generasi dan telah membuktikan bahawa ia cara terbaik dalam menghadapi persaingan pada hari ini.




Ok, berbalik kepada perasmian butik Binwani's semalam, acara berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh barisan tetamu istimewa. Lokasi butik Binwani's ini strategik kerana ia terletak di aras G dan berdekatan dengan eskalator. So, kalau korang dari parking aras C, naik eskalator dan masuk je korang dah boleh nampak butik Binwani's ni.


Perasmian Butik Binwani's oleh tetamu istimewa


Untuk makluman korang, butik Binwani's di Aeon Shah Alam menyediakan koleksi pakaian kasual dan santai untuk lelaki dan wanita sesuai dengan fesyen dan trend terkini namun masih mengekalkan penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi.

Antara jenis koleksi yang boleh korang dapatkan di Binwani's ialah :
  • Made To Measure
  • Ready To Wear
  • Cloth by Meter
  • Accessories
  • Latest Arrival













Sangat selesa bila berada dalam butik Binwani's ni. Konsep butik yang simple tapi eksklusif memberi keselesaan kepada pengunjung bila memilih busana pilihan hati. 

Majlis turut diserikan dengan peragaan fesyen dari koleksi terbaru Binwani's bersama 2 koleksi lain iaitu Dudalina dan Lustro.












Menyaksikan peragaan fesyen oleh model-model ini, sudah tentu aku terpaut pada busana seperti dalam video di atas ni 😍 Kan best kalau dapat sehelai kan kan kan πŸ˜…




There you have it! Koleksi terkini dari Dudalina dan Lustro kini boleh didapati di butik Binwani's. Tahniah Binwani's di atas pembukaan butik baru di Aeon Shah Alam, semoga terus sukses dan menjadi jenama pilihan semua lapisan masyarakat di Malaysia.

So, korang jangan lupa datang ke butik Binwani's di Aeon Shah Alam dan lihat sendiri koleksi busana yang ada disini πŸ˜‰

Binwani's
Lot G50, AEON SHAH ALAM





Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Laman web :  www.binwani.com