ruangiklan
ruangiklan

Thursday, January 12, 2017

Bundle | Tali Pinggang Kulit Levis

  4 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Pergi mana-mana, tak sah kalau tak masuk kedai bundle. Balik Melaka pun sama, kedai bundle kat Duyong tepi jalan tu memang dah jadi port wajib dia 'cuci' mata. Hari tu dia 'menyelam' dalam almari dan terjumpalah tali pinggang idaman hati! hehe.

Macam-macam jenis tali pinggang kulit dok ada dalam almari tu. Berkunci ok! menandakan harga dia bukan sa ringgit, bukan puluh ringgit tapi ratus ringgit wooo! Dan tali pinggang kat situ original kulit koleksi rare mungkin berusia puluhan tahun berdasarkan rekabentuk dan keadaan kulitnya.





Orang kalau dah 'gila' bundle, barang buruk lusuh pun dia kata cantik! Tapi diaorang je yang reti menilai ketulenan dan keaslian serta nilai sesuatu barang tu. Originality dan rare tu yang orang cari, sebab tu barang-barang macam ni lagi lama lagi tinggi harga dia.

Maka tak pelikla kalau harga dia beratus ringgit pun ada orang sanggup keluar duit untuk membelinya, sebab tahu design macam ni takkan keluar dah dan takkan sama dengan yang baru. 





Made in USA


Salah satu cara nak tahu barang tu bernilai tinggi atau tidak, Pak Jelan cakap tengok dia made in mana. Kalau made in China or Mexico ...hurmmm kureng sikit la. Kalau Made in USA, memang sah barang tu datang dari sana dan sah original!


Buckle pun ada cop 'LEVIS'




Ada lagi koleksi tali pinggang kulit dalam almari aritu, tapi aku lupa plak nak ambil gambar hehe. Antara yang aku ingat, jenama Dolce & Gabbana dan Voir. Ada gak tali pinggang yang buckle dia corak tengkorak, tapi aku tak berkenan. Rambang biji mata Pak Jelan nak pilih, tapi last-last dia pilih yang ni hehe.

Dalam kedai bundle macam ni la selalunya kita boleh jumpa barangan lama yang original. Terutamanya yang ori bundle dan memang tak dijual di kedai lain walaupun dalam butik asal! Dan bukan semua kedai bundle ada jual koleksi rare macam ni, kena rajin survey dan keluar masuk kedai untuk dapatkan apa yang dicari 😉

4 comments:

  1. Paling mahal adalah..jarang jumpa dan susah didapati.

    ReplyDelete
  2. Mmg cantiklah tali pinggang tu... mmg tak rugi beli.. best & berbaloi :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya.. Mesti cik abe sayang lebih nnt, hehe~

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.