Tuesday, January 10, 2017

# In Media # Parenting & Tips

Duit Belanja Sekolah | Berkongsi pendapat dalam Sinar Harian


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, satu permulaan yang baik untuk tahun 2017 bila diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Siapa sangka perkongsian santai tentang pengalaman menguruskan duit belanja sekolah anak dalam satu entri mendapat perhatian wartawan dari media cetak.

Sebenarnya, aku dipelawa dari tahun lepas lagi tapi temuramahnya sekitar penghujung bulan Disember tahun lepas hehe. 




Tengah dok kalut setelkan yuran sekolah anak, tetiba aku dapat mesej dari akak wartawan yang interbiu hari tu yang artikel tersebut dah pun dikeluarkan pada hari pertama persekolahan (3hb Januari 2017).

Dengan pantasnya, aku terus memecut tinggalkan Pak Jelan di bank sekejap dan masuk ke 7-E untuk beli suratkhabar. Tapi, eksaited punya pasal aku tersalah ambil suratkhabar Berita Harian pulak! Adeh ...rugi seringgit lebih aku hahaha. Patutla puas aku selak mukasurat tapi tak berjumpa ...mujur Pak Jelan tanya soalan,"Sinar Harian ke Berita Harian?" hok alohhhhh! Terkial-kial la aku masuk 7-E tu balik capai suratkhabar Sinar Harian.... 😂


muka depan artikel



Terima kasih pada kak Azimah dari Sinar Harian yang sudi menginterbiu aku dan sudi memberikan peluang berkongsi pengalamanku yang tak seberapa dalam artikel Pendidikan ni. 

Bagi aku menguruskan duit belanja sekolah anak juga satu task yang mencabar. Mana-mana ibubapa juga akan berdepan dengan masalah ini bila anak-anak bersekolah terutama yang baru nak masuk darjah satu. Kalau terlebih bagi akan jadi satu masalah, kalau terkurang pun satu masalah. Kalau kena 'pau' ngan kawan pun akan timbul masalah lain pulak ...haaaa! 

Oh, cakap pasal entri duit belanja sekolah tu ada aku kongsikan di SINI. Nanti korang baca lah ye 😉

3 comments:

Apa kata korang?