Monday, January 09, 2017

# Kenit Review # Story Kenit

Gambar TV Cantik Guna Digital Terrestrial Receiver!


Assalamualaikum!


Dalam blok aku ni, hampir semua orang pasang astro. Aku punya astro pulak dah tukar ke njoi dan letak kat kampung untuk abah guna. So, selama bertahun-tahun ni la aku 'sengsara' setiap kali tengok tv. Guna ariel dalam, memang selalu la kena alihkan untuk dapatkan siaran yang elok.

Pernah gak terfikir nak buka satu lagi akaun astro, tapi nak membayar tiap bulan tu yang aku tak sanggup! Sebab tu juga kat kampung tu aku tukar pada njoi supaya senang sekali bayar je.




Lagi satu pasang astro atau siaran berbayar bukan ada sapa nak tengok pun. Kami keluar awal pagi dan balik hampir maghrib. Budak-budak pun aku tak bagi tengok tv sangat time hari sekolah. Rugi banyak dari untung kalau begitu ye dak.

So, Pak Jelan cakap moh kita pi Pudu cari ariel tv! Dan akhirnya kami temui Digital Receiver ni.


beli kabel 7 meter 




Digital receiver ni didatangkan sekali dengan ariel luar. Means, dekoder dan ariel. Kabel kena beli asing la. Pak Jelan suruh anak tokey tu pasangkan terus, bila balik rumah tinggal nak cucuk je nanti.


ariel - batang hitam tu kami punya sendiri, 
ikat pada ariel untuk tegakkan dia


dekoder


Nak dapatkan channel cukup senang! Ariel tu kami letak dalam bilik je ikat kat ampaian baju hehe ... tak perlu letak atas bumbung atau luar rumah. Channel yang kami dapat termasuk basic channel (tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, alhijrah, tv9), Bernama News Channel, dan TVi.

Aku nak terangkan secara teknikal memang tak pandai! Sebab tu aku tepek banyak gambar kat sini supaya korang faham at least features yang ada dalam ni. 

Selain kabel putih untuk sambungkan ariel dengan tv, kena ada kabel audio/video warna merah, kuning, putih untuk dicucuk belakang dekoder. Kalau kat tv korang ada port untuk HDMI, boleh beli kabel HDMI tapi kena beli asing la.










ada kalendar

ada kalkulator

boleh cucuk usb kalau nak tengok movie, dengar lagu, 
lihat gambar atau rekod suara


Banyak juga kelebihan guna Digital Receiver ni. Tapi yang best ada game! Ni kakak dan Mira tak tahu lagi ni hehehe.


game 1 - Gobang

Game 2 - Boxman

Game 3 - Tetris


Dan yang paling penting sekali ... cantik ke siaran gambar tvku?





Alhamdulillah mantop dan cantik! Takda lagi gambar semut-semut huhu. Genap sebulan aku gunakan digital receiver ni, memang puas hati dengan kualiti gambarnya. Time hujan pun tak kalut nak up status maki hamun asterok kat fb kan hehehehe. Yang penting, tak perlu lagi alihkan ariel tiap kali nak tukar channel. Tak perlu lagi terpaksa tengok tv3 aje sebab channel tu je yang elok sikit berbanding lain hahahaha.

Kos beli dekoder dengan kabelnya sekali dalam seratus lebih gitu. Berbaloi dan puas hati!😍

2 comments:

Apa kata korang?