Kasut Bundle Melaka | Cari Kasut Di Fit Well Bundle

Thursday, January 05, 2017


Assalamualaikum!


Misi pencarian kasut bundle diteruskan dan kali ni di Melaka! Baju yang diidam dah dapat, topi yang diidam dah dapat. Tali pinggang ... haaaa tali pinggang rare kulit original vintage Pak Jelan beli, korang tau harga dia berapa? Bukan sepuloh ringgit, bukan lima puluh ringgit ok! Nak nangis rasanya kalau tau harga dia tapi memang berbaloi la. Yang tu nanti aku cerita hari lain k 😉.

So, hari tu kitaorang jalan-jalan sekitar bandar Melaka lepas berjimba main air di Pantai Klebang. Nama je kampung kat Melaka, tapi itulah kali pertama aku dan keluarga jejakkan kaki di Pantai Klebang hehe. Yang tu pun nanti aku cerita lagi k.



Balik dari Klebang, lalu depan Banda Hilir. Sekali Mira tegur,"eh kasut bundle ..!" Pak Jelan kan telinga sensitif, mana boleh dengar perkataan bundle ni, terus naik 'sheikh' la dia haha. Terus dia pusing stereng masuk simpang dan parking depan kedai tu.

Selalu layan baju ngan seluar je kan, kali ni Pak Jelan nak cari kasut pulak. Biasanya kitaorang layan bundle kat Duyong tu je, ni dah terjumpa satu lagi kat bandar, haruslah 'menjamu' mata. Kot-kot ada yang berkenan dihati dan kena pula dengan harganya ..why not!







Macam-macam jenis kasut ada kat sini. Kasut bola, kasut sukan, sneakers lelaki dan perempuan, kasut jalan, kasut sarung, kasut bertali, kasut kulit, but koboi blablabla. Rambang gak mata Pak Jelan tengok, aku dah naik risau dah hehehe ...











sedang menerai. Kaler dah sama dah dengan kasut sendiri,
 tapi saiz pulak tak ngam! hehe

boring duduk saje sebab kasut budak takda *sujudsyukur*


Harga kasut kat sini kira berpatutan juga la kalau kena dengan taste kita. Aku suka susun atur dalam kedai ni, teratur dan selesa. Ruang dia luas dan deko simple je. Kasut yang diidam Pak Jelan pun dah dapat. 


Van of The Wall




So, kalau korang ada di Melaka bolehla singgah kat Fit Well Bundle ni 😉 

You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. Bukan telinga tau..tapi Cuping tau

    ReplyDelete
  2. kalau dah memang minat barang bundle, akak kena redha jer la.. hahaha.. sah-sah semua kedai bundle disinggahnya

    ReplyDelete
  3. boleh try tengok tempat ni nanti =)

    ReplyDelete
  4. Abang Man pun suka sangat dengan barang bundle..boleh la pergi nanti bila-bila..

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru!!! :D


    jemput jenguk sini dan komen . tq :D http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete
  6. Wah cantik2 juga even bundle... nanti pi Melaka boleh singgah sini

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM