Santai Petang Pantai Klebang, Melaka

Friday, January 06, 2017


Assalamualaikum!


Pantai Klebang - checked! ahahahahaha ... akhirnyaaa sampai jugak aku kat sini! Orang lain yang duduk di luar pun dah sampai sini berdekad lamanya walaupun hakikatnya Klebang ni tak la jauh sangat dari kampung aku.

Kan aku ada cakap dulu, aku ni kalau balik Melaka memang malas dah nak jenjalan ke mana-mana. Paling jauh pun aku gi area Duyong atau bandar. Tak koser nak gi jejauh! Tapi rupanya baruku tau, Pantai Klebang ni takde la jauh mana ..hohoho!




Alkisahnya, memula kami ingat nak bawa anak-anak naik beca kat Jonker Walk. Masuk bandar ..tudiaaaaaa kereta bersusun parking yillek pochi! Dengan sesaknya jalan, tiga kali pusing nak cari tempat parking tak berjumpa sampai ke sudah! Takda rezeki nak merasa beca, tapi kami berjaya menyeronokkan anak-anak di Pantai Klebang tak jauh dari bandar.

Masa kami pi, langit agak mendung tapi belum hujan. Angin bayu sepoi-sepoi bahasa, pengunjung pun boleh tahan ramai. Bila sebut Klebang mesti terbayang coconut shake kan? Sayang ..aku belum sempat merasa lagi coconut shake kat situ sebab orang terlalu ramai berbaris! Perghh ... idokle aku nak berhimpit begitu. Tunggu hari lain la minum ...yang penting kita cari parking pastu kita cari port main air dan pasir ...ngeh ngeh ngeh😜




Mira geli kaki pijak pasir pantai



Last kakak dan Mira pergi pantai ialah pada tahunnnnnnn 2010 di Teluk Cempedak, Kuantan! Lama giler kan! Tu yang bila diaorang pijak pasir tak pakai kasut rasa 'geli' kaki tu hehehe. Dah lama-lama baru ada 'chemistry' nak masuk dalam air huhu.

Diaorang tak mandi pun sebab kitaorang tak plan nak datang sini. So, marilah kita bermain di 'gigi' air je ye hehe. Dua beradik tu teringin nak mandi, tapi baju takda takleh mandi la.

dah mula mendung sikit


Tiga beranak di 'gigi' air

senyum minta nak mandi la tu 😝

pantai bersih


Gambar ni memang kelam sikit, aku tak edit apa apun. Memang time ni langit gelap nak hujan.


boleh nampak daratan disebelah sana

kapel tua sedang berdating sambil perhati anak-anak main air

istana impian Mira in the making ... tapi ibu nampak bukit je dari 
awal sampai akhir hehehe

me and my mini me 😍


Sebelum balik, ternampak kelibat petai memanggil-manggil daku. Parking tepi terus singgah satu gerai kat jalan besar keluar dari Pantai Klebang. Seronok juga datang sini ... lenkali bawa baju kita mandiiiii! 

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. petang dekat situ jalan jem. tapi memang meriah :)

    ReplyDelete
  2. Dulu masa study selalu lepak sini malam2. Main kejar2 kikiki..

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaaaa lama tak gi pantai sobs sobs huhuuu

    ReplyDelete
  4. Suatu ketika dulu dah pernah sampai sini... Masa tu anak pun sorang jer baru... Coconut Shake pun x famos lg masa tu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM