Shell Out KL | Reaksi Mira bila makan di Shell Out, G Village Desa Pandan

Wednesday, January 04, 2017


Assalamualaikum!


Haluuuu .. apa habaq semua? Seronok bercuti? hehe. Hari ni  aku nak start 2017 dengan entri pertama aku pasal makan shell out!

Sesetengah orang agak sensitif bab ni betul tak. Bayar mahal-mahal tapi makan alas kertas je. Setengah orang boleh terima, yang penting harga berbaloi dengan kesedapan dan kelazatannya.

Semua tu terpulang kepada masing-masing, yang mana boleh terima dipersilakan makan asalkan halal. Yang mana tak boleh pun jangan dipersalahkan kerana itu juga pilihan kita sendiri. 



Ok, berbalik pada percubaan kami untuk bershell out malam tu. Rupanya kat kawasan rumah kami ni memang ada seketul restoran Shell Out yang baru dibuka. Baru tak baru ..ada dalam beberapa bulan jugak la. Tengok dari luar memang penuh sokmo la restoran ni, siang malam orang datang makan. So, kita yang 'old citizen city' ni pun teringin jugak la kekdahnya hehehe.

Kami laki bini memang dah tahu cara makan shell out ni macam mana, tapi Wani dan Mira tak pernah tengok lagi. So, kiranya ini pengalaman pertama kami 4 beranak la. Memula diaorang tak syak apa-apa ..tapi bila makanan sampai dan waiter lambakkan atas sehelai kertas putih ... terus terpacul soalan dari Mira, takda pinggan ke bu? ... hahaha😂




Kesian anak aku ni. Berkerut dahi dia kebingungan menunggu pinggan yang tak kunjung tiba hehe. Makan nasi arab ada pinggan, makan ikan bakar ada pinggan, makan shell out takda pinggan? hahaa ... jenuh ibu terangkan konsep makan shell out ni supaya anak-anak faham. Pelik sangat dia tengok, tak pernah lagi dia makan alas ngan kertas. Alas dalam talam atau daun pisang ada la hehehe...


view dalam restoran

view dalam restoran


Aku ni bukan pandai order sangat. Suruh Pak Jelan, dia suruh kita balik huhu. Maka, selepas berbincang kami sepakat pilih set Combo. Combo yang kami pilih ni Combo A untuk 4 orang makan (kalau tak silap), harga dalam seratus lebih gak la. 

Sedap ke?? Alhamdulillah sedappp! Menepati citarasa kami sekeluarga. Sos dia best la wakk...gaul ngan nasi tak pandang dah laki di depan hahaha!



Sorang khusyuk makan nasi, sorang lagi masih tertanya-tanya 
kenapa takda pinggan ... hahahaha!


Hikmah kami bawa anak-anak makan shell out ni ialah kakak dah pandai makan lala! hahaha. Ye, beria dia makan nasi ngan lala dan udang. Lega sikit hati ni anak-anak dah sikit-sikit boleh makan seafood selain ikan dan ketam. Mira je yang hanya makan nasi putih ngan udang. Kalau kuah tu melekat sikittttt je kat nasi dia ... dia cakap no no no !


Dating berjemaah. Naper aku nampak 'kembang' sangat ni???😭


Walaupun first time makan dengan konsep begini tapi habis licin dikerjakan 4 beranak hehehe. Next time, kami dah tahu macam mana nak order. Instead of order combo, kami akan order secara berasingan kerana harganya lebih murah dan just nice je untuk 4 orang makan. Kalau ramai-ramai tu baru sedap order combo sebab macam-macam ada. 



Muka kenyang hati banyak senang, nangis tengok pipiku yang bagai pauh dilayang 😅


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. part mana pinggan tu. hehehe. saya 1 family pun tak pernah lagi ada pengalaman makan shell out ni. tengok pada gambar kat atas nu, dilambaknya atas meja. hahaha. menarik juga tu..:)

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda pinggan pun sebenarnya haha. Cuma dia pelik naper tak guna pinggan makan

      Delete
  2. Lisa sellau tk makan lala and kerang kalau masak mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni lisa! Anak akak dr tk pernah makan lala terus jatuh cinta cakap suka makan hehe

      Delete
  3. Bestnya shell out. Saya xpernah lagi pergi restoran shell out ni. Tapi selalu ber"shell out" do rumah. Masak sendiri je. Hihu

    ReplyDelete
  4. Dia memang makan nasi tak de kuah ke??habis tu hari2 makan nasi dengan lauk je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau request lauk berkuah tu tak pasti ada ke tidak dalam menu dia, tapi lauk yang ni ada kuah sikit sebab dia masak style 'basah'

      Delete
  5. Sesetengah org mmg x leh terima xde pinggan mcm cik abe akk..tp akak enjoy je..hehehehe....alahai si adik tu..blurr plak eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan kak, kite ok je janji tak melampau sangat dan sodap! hehe

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM