Wednesday, January 11, 2017

# Family # Food

Shell Out Melaka | Selera Warisan D'Maria MITC, Ayer Keroh Melaka


Assalamualaikum!


Selera terhadap seafood memang tak pernah 'padam'. So, kurniaan nikmat dariNya jangan dipersiakan hehehe. Satu malam, aku cakap ngan abah jom kita gi makan kat luar. "Makan ape?" dia tanya, "ade laaa ...", aku jawab hehe. Mujur diusia 'emas' abah boleh dibawa bergurau, kalau tak mau kena pangggg kalau bagi jawapan macam tu hehehe.

Nak cari restoran seafood kat Melaka tak susah. Kiri kanan bahu jalan ade je kedai makan sedia menerima pelanggan. Tapi malam tu kami nak bagi surprise sikit, so takmo bagitau mak dan abah kita nak makan kat mana hehe. 




Aku tahu kalau bab seafood abah ngan mak takkan menolak. So, kami bawa mak abah makan kat Selera Warisan D'Maria, Kota Fesyen, MITC Melaka. Korang cari kedai perabot Pakistan letak kerusi perabot kat luar, tu tak jauh dah la tu. Kami gi lepas maghrib, so bila sampai sana orang tak ramai lagi. 

Kat sini ada pakej makan dimana satu kepala RM30 (dewasa), RM15 (kanak-kanak 15 tahun ke atas kalau tak silap). Kalau silap tolong betulkan ye sebab aku hanya mampu membayangkan makanannya saje hukhuk.


Tiga beranak ni tolong sabar ye, nasi belum sampai lagi 😂

3 set punya makanan



Disebabkan tak biasa order lagi kat sini dan tak sama dengan shell out yang aku makan kat KL, so kena tanya dulu dia kira macam mana. Waiter tu suggest aku amik 3 set (kupang + udang + ketam + sotong) untuk 6 orang makan. Ok cun! kalau tak cukup kita kasi tambah lain hehe.


ada sup

abah suruh aku wassap gambar ni kat akak, 'terbakor' dia 
tengok 😂


Risau jugak memula kalau abah tak berapa berkenan makan tak beralas pinggan macam ni haha. Ye la, orang 'lama' ..mana tau ada pantang larang ke ye dak. Mak ... aku tahu dia tak kisah memang boleh je memanjang janji sodap! 

Overall, ok gak makan kat sini. Tapi dia ready-made punya, maksudnya dah siap masak dalam tray, tinggal nak hidang je. Kuah boleh tahan la sedang-sedang aje. Ketam segar! Udang segar! Kupang sedap, dan kakak pelik sikit tengok kupang sebab kaler dia hijau hehe. Bila aku cakap rasa dia lebih kurang macam lala baru dia nak makan. Pastu terus suka! hehe. Pilihan air ada 2 je iaitu sirap dan asam boi huhu.

Puas makan 6 beranak walau kami amik 3 set je. Harga pun murah nau, bolehlah kalau abah ngan mak nak dating berdua makan kat sini nanti sebab dah tahu jalan dia hikhik 😉


Selera Warisan D'Maria
 Lokasi : No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi : 11.00am - 10.00pm (kalau tak silap hehe)


6 comments:

  1. ok..akak akan pastikan balik melaka mesti singgah sini..selalu balik melaka cari asam pedas je...tuari kena tempat yang tak best..menyesal gila..

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok..hehehe..next month nk pi Melaka..leh la menyinggah nanti

    ReplyDelete
  3. owh.. ada satu lagi port makan. biasa g mydin je. lepas ni bolehlah singgah sini terus. hehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  4. lapar tengok gambar orang makan-makan..btw, singgah jenguk tuan blog

    ReplyDelete
  5. Saya selalu lalu situ tapi lom pernah singgah.
    Lepas ni kot.

    ReplyDelete
  6. Wah menariknya..terliur tengok..huhu

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete

Apa kata korang?