Friday, February 03, 2017

# Bisnes Kenit # Carboot Sale Kota Damansara

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum!


Cuti umum Tahun Baru Cina mesti ramai yang ambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing kan? Tambahan cuti seminggu pulak tu, kebanyakan kedai pun masih tutup sehingga ke hari ini. 

Kami tak pernah meniaga pada hari cuti umum besar seperti CNY ni. Agak bimbang juga mulanya kalau sambutan dari peniaga carboot tak semeriah minggu biasa. Tapi, rezeki tu kan di tangan Allah Taala, alhamdulillah sambutan di Kota Damansara minggu tu memang tak mengecewakan!




Cuaca pun cerah sokmo hari tu! Seawal jam 6 lebih pengunjung dah mula memenuhi sikit demi sikit. 














Walaupun cuti umum, tapi minggu gaji so ramai yang ambil kesempatan meniaga termasuklah kami hehe.  




Dan minggu tu kami dapat tempat redup terlindung dari cahaya matahari. Sampai sana macam biasa sebelum jam 6.30am, mujur ada satu tapak kosong betul-betul kat jalan masuk huhu. Kelebihan dia kita tak kena panas terik, tapi pelanggan yang terkenyit-kenyit mata menahan kepanasan sambil tengok barang. Kalau tempat yang mengadap matahari, kami pulak yang terkenit-kenyit mata sambil pegang payung tapi pelanggan selesa nak tengok barang ...hahaha. 

Mana-mana pun boleh la ye dak ... asalkan ada tapak kosong gituuuu 😋



2 comments:

  1. kebanyakan barang2 semua nampak macam baru jer lagi kak.. elok lagi...

    ReplyDelete
  2. Woowwww...dan Wooow
    Macam cj woowww shopp

    ReplyDelete

Apa kata korang?