D.I.Y Payung meniaga

Thursday, February 16, 2017


Assalamualaikum!


Teringin nak ada payung meniaga sendiri! Dilema setiap kali meniaga panas terik matahari pasti menerjah ke muka dan badan kami haha. Tengok orang lain redup je duduk bawah payung kan, selesa gituuuu!

So, kami pun pasang angan-angan la nak ada payung meniaga sendiri. Nak beli bajet pulak takda, so kita D.I.Y kan aje payung pantai jadi payung meniaga ye hehe. Walaupun idea D.I.Y ni bukanlah yang dirancang pada mulanya tapi dengan idea geliga dari cik abgku telah membuahkan hasil yang mantop dan menjimatkan! 



Bahan-bahan :

  • Payung pantai (kami beli RM40 di Jalan-jalan Japan, Subang Jaya)
  • Paip PVC (panjang 1 kaki)
  • Simen
  • Tin biskut (sendirian berhad)

Cara Membuat :

1. Bancuh simen dengan air di dalam tin biskut yang kosong dan telah dibersihkan

2. Pacakkan paip PVC di tengah-tengah simen dalam tin biskut tadi. Biarkan simen kering dan mengeras





3. Buat lubang pada penutup tin biskut. Ukur diameter ikut paip PVC 




4. Tutup tin biskut tadi dengan penutup (seperti dalam gambar di bawah)



 5. Bila simen dah betul-betul mengeras dan kering, masukkan batang payung tadi ke dalam paip PVC 



Dah siap!


Simple tapi meredupkan 😍

Kami dah ada payung! hehe


Alhamdulillah syukur menjadi juga payung meniaga kami! Kredit dan pujian diberikan pada cik abgku sebab dia punya idea, dia gi beli bahan dan dia buat dari awal sampai akhir. Bila dah siap, bolehlah kami bawa meniaga dan minggu lepas kami test kat Kota Damansara. 

Syukur sukses!😊

You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. wah...betul2 menjadi ni anim..jimat kos kan..

    ReplyDelete
  2. bijak..bijak..hheheh...kreatif dan menjimatkan..Payung meniaga tu satu berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. payung meniaga biasa dalam rm80-90 gak. Yang ni tk sampai rm70 pun modalnya hehe

      Delete
  3. Wahhh, bagus jugaq idea ni utk org meniaga kan.. Jimat pon jimat :)

    ReplyDelete
  4. Betul2 kreatif..hehehe...payung niaga arwah mak mertua terbiar je ni..setakat ni simpan jela..tak tau nak buat ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. payung yg mcm mana tu nad? payung satu kaki ke 4 kaki?

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM