Wednesday, February 01, 2017

# Beauty # Event

Koleksi Permata Zirconia Swarovski Melengkapkan Naluri Kewanitaan!


Assalamualaikum!


Diamonds are women's best friend ...indeed! Siapapun pasti takkan menolak jika diberikan peluang untuk memilikinya. Apatah lagi, emas dan permata adalah simbol keindahan, kesempurnaan dan kualiti  yang tinggi ...sama seperti wanita. 

Namun, untuk memiliki batu permata tulen yang barangkali harganya mencecah 5-6 angka mungkin takkan kesampaian bagi sesetengah orang. Mujur, kolaborasi dinamik antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd + Zirconia Swarovski kini boleh menjadikan impian setiap wanita untuk memiliki permata Zirconia yang setanding dan berkualiti tinggi tercapai!




Bagi melihat sendiri koleksi permata Zirconia yang cantik dan berkilau, aku berpeluang hadir ke majlis menandatangani perjanjian penjenamaan bersama jenama baru C88 Premier antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd dengan Zirconia Swarovski di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Untuk pengetahuan, HWL Jewellery Trading Sdn Bhd telah berkecimpung dalam industri barang kemas sejak 30 tahun yang lalu bermula pada tahun 1985 dan memiliki 600 cawangan kedai emas di seluruh Malaysia.


(KIRI) Mr Low Soon Tian, Pengarah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd 
memeterai perjanjian dengan CEO Zirconia


Sejarah penjenamaan C88 Premier bermula apabila ia dikenali sebagai CAP88 sebelum ditukar kepada C88 pada tahun 2009 yang juga menyaksikan perubahan nama syarikat Hup Weng Lee Jewellery Trading Company diubah kepada HWL Jewellery Trading Sdn Bhd. 

Dan pencapaian cemerlang ini diteruskan lagi pada tahun 2017 dengan kolaborasi dinamik bersama Swarovski Gemstones, syarikat antarabangsa yang menghasilkan batu permata pada standard tertinggi. 









Teknik Pasang Batu Berperingkat Berlian Asli
(C88 Premier)
Teknik Pasang Batu Biasa
Sering dijumpai dalam barang kemas berperingkat tinggi
Biasa digunakkan dalam barang kemas yang murah
Kos mahal, melibatkan proses yang kompleks dan memerlukan masa yang panjang
(Dapat dipercepatkan dengan teknologi terbaru)
Kos murah, proses yang lebih mudah dan mengambil masa yang singkat
Serampang (‘gigi’) yang mempunyai permukaan yang halus dan berkilat
Meningalkan kesan-kesan pasang batu, serampang (‘gigi’) bermuka kasar dan tidak berkilat
Jarak diantara batu permata adalah sama
Jarak diantara batu permata tidak setara
Produk akhir yang paling sempurna
Produk akhir yang tidak menarik perhatian




Keindahan kilauan permata dari Zirconia Swarovski membuatkan ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kualiti dan potongannya begitu kemas dan tampak mewah samada ia digabungkan dengan 18K emas putih atau 22K emas kuning dengan harga RM799, sesuai dengan tagline C88 Premier - Eternal Sparkles

Ada beberapa koleksi permata Zirconia yang dipamerkan di majlis tersebut, dan terus terang memang aku terpegun dengan kehalusan, kekemasan serta reka bentuknya. 







Sesungguhnya kolaborasi antara jenama C88 Premier dibawah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd dengan Zirconia Swarovski  menghasilkan koleksi yang mampu melengkapkan naluri wanita yang memakainya. Potongan yang kemas, kilauan yang menggoda dan yang pasti kualiti batu permata Zirconia yang dibuat khas dari Austria ini mampu memberikan kombinasi yang mewah dan elegan pada si pemakai!




Untuk wanita yang sukakan perhiasan batu permata yang tampak mewah dan elegan tapi masih mampu dimiliki, maka inilah pilihan tepat korang!





Terima kasih atas jemputan untuk hari yang bersejarah ini! Terima kasih juga pada cik abeku yang sudi mengizinkan dan menemani ke sini. Tak sabar nak tunggu hadiah teristimewa dari Zirconia sampai ke pangkuan πŸ˜‰

Kalau korang nak tahu lebih info atau nak lihat koleksi-koleksi lain yang ada, jemput singgah :


Laman Web : http://c88.my/


8 comments:

  1. Replies
    1. kann... sebentuk yang kita suka jadi le :)

      Delete
  2. Halamak...lawanya...mesti duitnya pun lawa yeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa juga tapi masih mampu milik ... naper, nak belikan ke? :D

      Delete
  3. Tak bleh tahan oiii tengok semua tu..rambang mata akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi rambang mata kak, tengok depan mata tak berkelip hehe

      Delete
  4. Perghhhh cantiknyaaa.. tak boleh tengok benda blink2 ni.. terdode hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... akak terdode jugak tu yang tak sanggup tengok lama-lama tu :D

      Delete

Apa kata korang?