Tuesday, February 21, 2017

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Nota Sains Bergambar Darjah 4, 5 & 6


Assalamualaikum!


Sejak masuk darjah 4 ni, boleh dikatakan hari-hari kakak bawa balik homework dari sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah agama. Kadang tu tak cukup masa nak buat ulangkaji sebab nak kena kejar siapkan kerja sekolah dulu. Lepas siapkan homework sekolah rendah sambung pula dengan sekolah agama. Bila nak start buat ulangkaji, otak dah penat!

Sebab tu, aku pesan kalau ada homework buat la time cikgu takda dalam kelas. Dari awak buat bising berborak dengan kawan, baik awak buka buku dan siapkan homework. Dia pulak cakap tak sempat nak buat juga dalam kelas. Bukan sebab berborak, tapi sebab cikgu suruh jaga kelas kalau cikgu ada meeting dan sebagainya. Ye tak ye pulak, lupa ibu yang awak tu pengawas ...heeeee.


Cuma bila kakak takda homework, barulah dia boleh buat ulangkaji. Tapi tu la ...nak menerangkan pada dia tentang satu-satu subjek tu satu hal. Nak memahamkan dia pun satu hal jugak. Tak dinafikan anak-anak memang suka bertanya aku kalau diaorang tak faham, tapi masalahnya ibu diaorang ni garang macam singa bila mengajar! huhu. Tu sebab aku kena cari alternatif lain untuk sediakan nota ringkas bergambar untuk bagi diaorang faham ... kan.

Dalam mencari tu, kebetulan aku terjumpa nota yang sesuai! Syukur terbaca entri kak Moon yang memang sedang mencari nota upsr untuk anak teruna beliau hehe. Terus aku klik dan download nota-nota tersebut untuk simpanan kakak. 




Kredit untuk cikgu ameer firdaus yang buat nota ni. At least bila ada nota bergambar ni, kakak boleh dapat 'tangkap' poin utama untuk setiap topik. Kesian pulak dia asyik rujuk buku je, dah la ayat karangan je dalam buku teks tu ... budak-budak mana nak hadam sangat kalau ayat karangan panjang berjela huhu.

2 comments:

  1. Bagus kan nota macam ni. Hebat betul cikgu yg buat tu ...kagums sangat. Kita plak jadi excited nak ngajor anok anok

    ReplyDelete
  2. cantiknya nota senang nak faham macam ni

    ReplyDelete

Apa kata korang?