Tuesday, March 14, 2017

# Cerita My Pearls

Minggu Ujian & Serangan Campak Halus!


Assalamualaikum!

Bulan Mac bulan ujian. Minggu pertama sibuk dengan ujian sekolah agama dan minggu ni giliran sekolah rendah pulak. Aku pun sibuk jugak dua tiga minggu ni ... sibuk menyimpul kasih di rumah! hehe.

Start hari Sabtu lepas, dia komplen sakit tekak tak boleh nak telan. Aku ingatkan sebab kurang air masak maka, tekak 'melecet' dan mengakibatkan radang. Pandai pandai je ibu bagi diagnosis sendiri kan haha ... tapi mengetahui Mira ni jenis yang payah sikit nak minum air masak, tu yang keluar diagnosis serupa tu 😋

Bila aku suluh lampu tengok dalam mulut dia, ternyata ada bintik-bintik merah! Tekaan pertama aku ..ishhh takkan HMFD kot? Tapi mujur tekaanku salah huhu. Habis tu apa? Takkan la disebabkan kurang minum air masak boleh jadi sakit macam ni sekali? Bukan kemarau sangat pun ...?


Esoknya dia naik bintik-bintik merah di kaki pulak! Assudoh ... dah terdetik dihati, mungkinkah campak halus?? Tapi budak ni demam tidak, lemah pun tidak. Cuma kadang dia tunjuk, bu tengok ni ... bintik-bintik, bu gatal la ni ..., bu sini pun ada bu! Haaa ... sah la ni bukan ruam biasa-biasa ni. Nak kata dia ada alahan takda pulak! Takpela ... kita bawa gi klinik biar doktor tentukan sakit apa.

Esoknya, gi klinik dan doktor mengesahkan Mira kena demam campak halus! Kakak dah pernah kena cacar air tapi belum kena campak halus. Mira plak baru kena campak halus, belum kena cacar air. Boleh 'bersilang' pulak dia ye!




Macam doktor cakap, campak halus takda ubat khusus so Mira diberikan ubat demam dan krim gatal. Mujur jugakla masa memula kena campak halus ni dia tak demam atau lemah badan. Tau-tau je naik bintat merah satu badan! Yang tak tahan tu dia asyik menggaru je la ... dan bila rasa tak selesa yang teramat, mula la dia berjujuran air mata 😔




Hurmm..bermulala cuti sakit akibat demam campak halus selama seminggu. Makan, minum kena pantang. Semalam lapar punya pasal kat klinik, dia bantai makan roti butterscotch dulu isi perut. Pastu malam baru masakkan bubur ...moga anak ibu cepat sembuh seperti sediakala.


1 comment:

  1. cam tuh rupanye campak halus ek... ok ok tambah ilmu sket

    ReplyDelete

Apa kata korang?