Thursday, April 20, 2017

# Story Kenit

Payung FAST AND FURIOUS 8 Edisi Terhad Dari Petron


Assalamualaikum!


Haaa orang lain tengok filemnye dulu baru beli payung, kami pi beli payung dulu tapi filemnye tak tahu bila nak gi tengok 😂. Takpela dik non ... memang niat nak beli payung pun kan, walaupun harganya ...mencongkam!😭

Payung Fast And Furious 8 edisi terhad ni lain dari yang lain tau. Tak sama macam payung biasa kita beli kat kedai. Selain edisi terhad, payung ni unik sikit cara nak bukak dia. Orang tutup kuncup ke bawah, tapi dia tutup kuncup ke atas ... haha!




Nampak tu? kuncup ke atas hehe

Kalau payung biasa kita kuncup ke atas macam ni, kita dah humban terus dalam tong sampah kan! Tapi payung Fast And Furious 8 edisi terhad ni memang begitu kejadiannya ...so jangan panik jangan gelabah pulak kalau tengok kuncupnya serupa payung dah rosak hehe

Ada pernah aku tengok satu video payung kuncup ke atas macam ni. Memang teknologi terbaru rupanya dan payung macam ni dah ramai omputih pakai di negara mereka. Memudahkan kita membuka payung bila hujan lebat terutama dari dalam kereta. Takda la basah dan kelam kabut macam payung lama tu kan.


Tekan butang merah dan tolak ke atas


pemegang dia pun lain macam

sarung payung yang cantik!


Haa amacam ... omei tak? 😂 harga dia pun omei weh! Payung ni boleh ditebus di petron samada menggunakan point (4000 pt) dari kad Petron Miles korang atau boleh beli guna tunai/kad kredit. Payung ni berharga RM50!




Promosi barangan di atas bermula dari 15 Mac sehingga 31 Mei 2017 dan korang boleh dapatkannya di stesen-stesen PETRON terpilih sahaja.

3 comments:

  1. wah..bestnya..sayangnya jarang sangat isi minyak kat petron...

    ReplyDelete
  2. fae pun belum lagi tgk movie tu huhuhu

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan cantik gak payungnya.

    ReplyDelete

Apa kata korang?