ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, April 05, 2017

Resepi Mudah Mango Fruit Punch Guna Biji Mangga

  3 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Tak pernah tahu pulak biji mangga boleh dibuat air buah! Tapi yang aku tahu, biji mangga tu paling best digigit-gigit! Itu bahagian yang paling aku suka kalau makan buah mangga. Tambah kalau mangga tu manis semanis mangga harum manis ....fuhhh!

Hari tu aku tengok ada sorang akak ni dia buat air buah menggunakan biji mangga. Ingatkan dia dok kumpul biji mangga tu nak buang la. Rupa-rupanya dia nak buat air macam fruit punch tu ha!




Air Mango Fruit Punch

Bahan-bahan :

Biji mangga
Pati sirap
Air sejuk
Air gula

  • Kalau korang potong buah mangga, bahagian biji tu jangan dibuang dulu. Tinggal sikit isi buah mangga pada bijinya dan kumpulkan dalam satu tong air atau bekas besar
  • Blend sikit isi buah mangga yang dah dipotong tadi dan masukkan dalam tong air/bekas air tu. Letakkan pati sirap dan air sejuk ikut sukatan yang sesuai
  • Bubuh air gula sikit kalau nak manis. Kemudian kacau
  • Sedia untuk diminum sejuk!




Rasanya ....adudududududu mengancam! Sesuai sangat disediakan sebagai minuman ketika berbuka. Kalau isi mangganya dah habis, masih ada bijinya yang boleh kita buat air ye dak. Hari tu kenduri kat rumah kak Liza, aku belasah minum 5-6 cawan air ni je ... haha!

Selamat mencuba!


3 comments:

  1. senang je nampak sedap. tu laa selalu buang je bijik je

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh biji pun berguna ye,tak tau pulak,yg tau gigit2 hisap2 dah abis lempar belakang umah kot2 tumbuh heeheee

    ReplyDelete
  3. oiye hanim?
    1st time dgr ni.
    aida kalu mangga, akan tunggu biji nyer tu.
    suka hongges gitu gitu jer :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.