Robot Transformer Arcee (Autobot)

Thursday, April 06, 2017


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak cerita pasal robot, aku paling suka layan filem Transformers dari Transformers 1 sampai yang terkini. Selalu kagum sangat tengok macam mana robot tukar jadi kereta atau motor, dan tukar balik jadi robot! Walaupun itu semua hanyalah sekadar grafik atau CGI atau apa-apa sahaja tapi, aku suka tengok details diaorang bila bertukar macam tu.




Macam robot Arcee yang pernah kami miliki ni. PERNAH ye ... means, sekarang Arcee sudah bertukar tangan huhu. Pertama kali bila Pak Jelan tunjuk aku macam mana dia transform dari motor jadi robot, aku macam  ...wowwww super cool! 

Sampai aku takut nak pegang dan cuba buat sendiri sebab dia punya parts banyak yang kecil dan comel-comel je. Tapi once bila dia jadi robot Arcee .... aku woww lagi! haha


Geng biru



Kalau korang peminat setia cerita Transformers, cer teka robot Arcee ni duduk dalam cerita yang keberapa? Haaa ... Arcee pernah muncul dalam Transformers : Revenge of The Fallen. Arcee ni ada dua kaler, satu warna pink dan yang ni warna biru. 

Apapun, Arcee telah selamat duduk bersama tuan biru beberapa minggu lepas. 

p/s : Teringin nak Optimus Prime plak ... hehe

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM