Sukan Tahunan Sekolah 2017

Tuesday, April 04, 2017


Assalamualaikum!


Tahun ni, sukan tahunan sekolah kakak dan Mira diadakan lebih awal sikit berbanding tahun lepas. Kali ni kami pergi bertiga je sebab Pak Jelan kena pergi meniaga di CBS Kota Damansara. Memang setiap Ahad adalah hari kami meniaga, tapi disebabkan tahun ni sukan tahunan juga dibuat pada hari Ahad, maka kami terpaksa 'berpecah' sekejap demi memberi laluan dan sokongan pada anak-anak menunjukkan bakat mereka dalam sukan.

Cuaca pagi tu ... hujan sederhana lebat! Start dari petang Sabtu membawa ke pagi Ahad. Kami bertiga pergi naik pengangkutan awam, tapi mujurlah anak-anak pandai bawa diri so alhamdulillah kami berjaya sampai di sekolah dalam jam 8am gitu.


pemandangan dari LRT Dato Keramat



Sampai di sekolah, hujan masih turun namun gerimis. Kakak dan adik mula bawa diri masing-masing dan aku ke tempat meja jualan untuk beli apa yang patut. Lapar la hujan-hujan ni kan hehe.



On the way nak ke Pavilion, terserempak pulak dengan sekumpulan kanak-kanak ribena yang ceria dan comel pagi tu lengkap dengan headbandnya, dengan rambu ramba kat tangannya haha ...! Pandai betul masing-masing buat muka ye ...amboi amboi amboiiiii amboi amboi amboiii! haha


'senjata' bertugas pada hari sukan hehe


Tugasku pada hari sukan ... penjaga masa. Paling senang dan tak penat hahaha! Tapi disebabkan padang berlecak dan berlumpur, habis kasutku terbenam sama dalam tanah. Last-last aku bukak kasut pakai stokin je jalan atas padang hahaha ....!


Mira dalam acara sukaneka Tahap 1


Mira macam biasa, masuk acara larian 75m dan acara sukaneka Tahap 1. Yang 75m dia menang tempat kedua dengan catatan masa 13.4s, dan sukaneka kumpulan dia rumah Tun Fatimah menang tempat pertama dan kedua. Macam mana ibu boleh ingat sampai ke hari ni? sebab ibu jadi penjaga masa awak la hari tu hehe. Terkejut ibu tengok awak masa nak sampai ke garisan penamat. Ibu tak tahu pulak awak masuk acara lagi tahun ni huhu. 

Kemain seronok dapat hadiah banyak haritu, walaupun hanya berupa dompet kecik hehe. Tahniah sayanggggggg!


Tempat kedua larian 75m

Kakak memegang sepanduk rumah sukan


Tahniah pada anak ibu yang sulung ni jugak! Rumah Mahsuri juara perbarisan tahun ni! Walaupun kakak tak masuk sebarang acara sukan tahun ni, tapi bagi ibu dan ayah memenangi perbarisan juga boleh dibanggakan tau!

Ingat senang ke nak jadi leader berjalan depan sekali? You did a very excellent job dear! 😍 



Acara mak dan anak

Acara bapak-bapak

Selain tu, acara mak dan anak serta acara bapak-bapak turut mewarnai suasana sukan tahunan sekolah. Yang sporting memang sporting giler! Aku tak dapat la nak bergelumang dalam lecak tu ... dahla tak bawa baju spare hehe ....

My babies ....congrates!


Tahniah sekali buat anak-anak ibu! Pencapaian sukan yang memberangsangkan tahun ni. Harap dalam pelajaran pun sama ye. Sama-sama kita anjakkan paradigma itu hehe. Terserlah 'kelegaman' muka kakak sebab aktif berbola jaring kebelakangan ni. Maklumla ...sukan kegemaran gituuu. Minggu depan ada pertandingan katanya, so memang berlatih sokmo la dia huhu

Walaupun ayah tidak bersama pada hari tu, tapi semangat ayah tetap bersama anak-anak dari kejauhan. Syukur alhamdulillah ... 😍

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. bagus la bila anak2 aktif sukan.
    anak2 dara aida sederhana saje.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM