VEET Sensitive Touch | Pinky & Friendly Trimmer Untuk Wanita!

Monday, April 10, 2017


Assalamualaikum!


Kali pertama aku tengok iklan dia di kaca tv ...woww untuk perempuan punya pun dah ada ye! hehe. Maklumla, sebelum ni mana ada lagi pencukur untuk wanita, apatah lagi yang comel dan berwarna merah jambu macam VEET Sensitive Touch ni! So, bila dapat satu dalam tangan haruslah diri ini teruja kannnn! πŸ˜‹



Kecantikan bukan sekadar wajah yang cantik, kulit yang halus. Tapi bagi aku kecantikan juga bermaksud kebersihan dan kekemasan diri. Termasukla dalam bab cukur-mencukur ni. Apa guna luaran cantik tapi bila angkat tangan ..haaa sebemban bulu ketiak 'tumbuh' subur disitu haha! πŸ˜†

Ada tempat yang kita tak boleh cukur, ada tempat yang kita wajib cukur bila tiba masanya! haha. Korang faham la kan maksud aku ni yeπŸ˜‰ Kalau korang biasa buat, mesti faham kan hehe. Anyway, untuk bahagian tertentu dan kawasan peribadi, kita kena ada special tools

Ape dia? VEET Sensitive Touch Electric Trimmer la!




Kenapa perlu ada special tools untuk cukur bulu? jawapannya simple, sebab untuk mengelakkan luka pada kulit yang sensitif dan memastikan cukuran adalah kemas dan kena pada kawasan sasaran. Bila cukuran kemas, maka penampilan kita pun akan jadi kemas. Nak bergerak aktif pun takda masalah, rasa selesa! 

Gunting, pisau cukur atau yang lain-lain tu dah tak relevan ye. Sudah la tajam, kalau terluka ketika mencukur ... natijahnya, ouuchhh!πŸ˜–Haaaa nampak tak betapa pentingnya kewujudan VEET Sensitive Touch ni dalam kehidupan seharian kita? hehe




VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni kecil comel je saiznya macam berus gigi elektronik. Nak guna pun senang! Pasang buka pasang buka, hanya gunakan bateri dan sangat mudah dibawa kemana-mana saja. Letak dalam handbag atau travel bag dan off we go! So, takda alasan la ye wahai kaum wanita untuk tidak menjaga kebersihan dan kekemasan diri lepas ni.




Macam mana nak guna VEET Sensitive Touch Electric Trimmer?

Senang je ok! VEET Sensitive Touch ni ada 2 mata pencukur untuk fungsi yang berbeza. Untuk mencukur dan merapi bulu kening di atas bibir dan dagu , sideburns serta merapi kening, gunakan 2-sided trimming head dan 2mm & 4mm comb


2-sided trimming head dan 2mm & 4mm comb

Untuk mencukur bulu di kawasan ketiak dan kawasan intim, gunakan bikini trimming head : 20mm bersama comb untuk merapi bulu.

bikini trimming head : 20mm, (kiri) bersama comb 

Nak pasang dia pun senang! Tak sampai 2 minit pasang dah boleh start mencukurπŸ˜‰ Hanya gunakan sebiji bateri AA, tukarkan mata pencukur dan siap untuk diguna!





Ok, dah nama pun review kan so kena kongsila apa aku rasa bila guna VEET Sensitive Touch ni. Pertama, aku suka bentuk dia sebab selain warnanya simple dan menarik, ia sangat mudah dipegang.  Tak perlu guna wayar cucuk kat plug, just guna bateri AA dan siap! Korang yang kaki travel wajib ada benda ni satu dalam simpanan. Yang tak berapa nak travel sangat pun kena ada jugak ye😁

Disebabkan saiznya macam berus gigi elektronik so senang disimpan dalam tas tangan kecil! Dalam video di atas aku siap demo lagi hehe πŸ˜‰

Cukuran kemas! Yang ni aku tak tipu ... memang high precision tapi tak melukakan kulit. Walaupun mata cukur dia kecil tapi berupaya mencukur bulu sekali zasss je! Tapi kalau bulu ketiak tu tebal sangat lama dah tak bercukur mungkin kena ulang cukur sekali lagi la ye πŸ˜‚ 

Rasa selesa semasa dan selepas mencukur adalah benda yang perlu dititiberatkan jugak ye. Jangan rasa terseksa terutama sekali bila mata pencukur tu lalu atas permukaan kulit. Dengan VEET Sensitive Touch Electric Trimmer ni, alhamdulillah memang selesa ketika bercukur. Takda rasa tajam-tajam pada kulit, pendek kata tak sakit la!

Harga? VEET Sensitive Touch dijual pada harga RM119 di kedai farmasi seluruh negara atau secara online seperti di LAZADA, Guardian & Watsons.

Nak tahu lebih lagi, korang boleh terjah VEET Sensitive Touch !

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. yeay..kita suka pakai ni..senang sesangat...hehehe

    ReplyDelete
  2. Produk yg sangat berinovasi. Function dia pon banyak

    ReplyDelete
  3. memang cari review benda ni.plan nak beli nanti

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM