ruangiklan
ruangiklan

Thursday, May 04, 2017

Aik, meniaga roti jala pulak dah ke?

  2 comments    
categories: ,

Assalamualaikum!


Jeng jeng jengggggg! baruuu je .... baruuuu je aku cerita pasal bisnes simpul kasih semalam, tup tup arini nak meniaga roti jala pulak dah ke Nimmmm?? Tapi inilah yang dikatakan rezeki anak-anak ... macam tau-tau je kite tengah kumpul duit nak balik kampung raya nanti ye hehe.

Ini kali pertama aku amik order roti jala kari ayam sebenarnya. Alkisahnya, akhir tahun lepas opis aku ada buat potluck, so menu aku tu la... roti jala ngan
kari ayam. Tak sangka lepas lima bulan orang datang cari balik ...kuikuikui.





Memula aku macam was-was jugak...nak terima ke tak, nak terima ke tak. First time orang menempah, neves jugak kite dibuatnya hehe. Takpela ... cuba buat, lagipun makan untuk 20 orang je. Tapi tu la ...awal-awal aku dah kasi tau ngan orang tu aku tak berapa reti nak menggulung roti jala tu huhu. Buat sekadar yang aku reti boleh le ...kan kan.


Walaupun presentation tak semenggah ... tapi ini pun boleh la kan


Terima kasih pada yang mengorder roti jala ngan kari ayam. Katanya untuk buat makan petang lepas meeting. Harap-harap roti jala ngan kari ayamku yang biasa-biasa ini memenuhi selera mereka ...aaminnn.

Apakah aku akan ambil tempahan lagi lepas ni? InsyaAllah ... tapi tengok pada kesesuaian masa dan kelapangan dan terhad untuk makan-makan kat opis je la. Nak buat secara serius mungkin tidak. Takleh kejap nak hadap roti jala kejap nak hadap simpul kasih! Buat masa ni ... biarlah aku fokus pada bisnes Simpul Kasih Razhani je dulu huhu ...


2 comments:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.