Apa yang best sangat dengan SPINNERS ni ?

Friday, May 12, 2017


Assalamualaikum!


Haaaa inilah mainan ke'gila'an budak-budak sekarang....hand spinner atau finger spinner atau spinner atau apa-apa je lah nama dia. Dari minggu lepas lagi, my sulung tu dok 'menyanyi' kat telinga nak benda alah ni.

Ape bendanye spinner-spinner ni?

Alaa... spinner tu kite letak kat jari pastu pusing bu. Nanti dia kuar lampu ...boleh la bu...

Berapa ringgit satu tu?

Lima belas je ...

Hahhhhh??! Lima belas hengget ... 3 hari punya belanja sekolah anak oiii! Bendanya tak tengok lagi, tapi bila dengar begitu banyak ringgit yang perlu dibayar untuk permainan tu ... memang ralat sikit la ibu ni nak bagi dia beli.



Begini rupanya SPINNER yang digilai oleh budak-budak sekarang. Macam-macam kaler, macam-macam features ada. Setiap satu tak sama, dan harganya dah tentu berbeza. Yang takda lampu harga RM6.90, yang ada lampu boleh capai RM15+, yang boleh glow-in-the-dark lagi boleh naik sampai RM20+! Giler ahhhh ... gasing ibu main dulu tu pun beli kat kedai Mat tu seringgit lima posen je nak ... hehe.

Macam biasa la, kalau mintak ngan ibu memang tak dilayan. Tapi dengan ayah ... 'cair' la hehe.




Dapatla sorang satu Spinner. Kakak pilih yang ada lampu dan adik pilih yang biasa-biasa je harga RM6.90 sebab 'amatur' lagi katanya ...  fuhh selamat! hahaha.

So, apa yang best sangat ngan Spinner ni??




Benda tu memusing pastu kuar lampu kelip-kelip .... haha. Tapi harga dia tu je ....😣

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Hahaha makin trend dah benda ni. Kejap tadi pun ada sorang blogger bebel pasal benda ni. XD Tapi nak buat macam mana kan.. Budak-budak zaman skrg dgn dulu dah lain ~ huhu skrg dorang ada macam2. kartun semua HD. Kita dulu takat tengok kartun biasa2 ja >3<

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM