Thursday, May 18, 2017

# Bisnes Kenit # Carboot Sale Kota Damansara

Berniaga biarlah jujur!


Assalamualaikum!


Walaupun barang yang kita niagakan tu barangan terpakai, barangan yang agak lusuh dan mungkin sebahagiannya elok dan sebahagian lagi rosak tapi bukanlah bermaksud kita perlu menipu pelanggan. Kalau rosak, katakan rosak, jangan cakap barang masih elok. 

Aku dan Pak Jelan juga pernah berhadapan dengan situasi begini. Bilamana pelanggan tidak berapa yakin dengan kualiti barangan elektrik yang kami jual. Mereka selalu ajukan soalan, "berfungsi lagi ke buaian elektrik ni?", "elok lagi ke pemanas air ni?".



Kami meniaga macam-macam barang, termasuklah barangan elektrik kami yang dah lama tersimpan tapi masih elok dan boleh digunakan. Contohnya, buaian elektrik kakak dan adik, pam susu elektrik, mesin cukur, hairdryer, pemanas air, toaster dan lain-lain. Kami akui kerisauan pembeli terhadap barangan elektrik terpakai kerana tiada jaminan bila sudah membeli. Hanya kejujuran penjual sahajalah yang mampu meyakinkan pembeli untuk mendapatkan barangan yang diidamkan.

Sebab itu, sebelum kami jual kami akan uji dulu semua barang elektrik tu. Samada ia berfungsi elok atau pun tidak. Prinsip kami senang ... kami takkan jual barang yang rosak! Baik barangan kulit, beg, mainan, baju apatah lagi barangan elektrik. Kerana risikonya sangat besar bila kita menipu pembeli. Nyawa mereka mungkin dalam bahaya jika berlaku apa-apa ketika menggunakan barangan yang dibeli dari kita!



Pun begitu, alhamdulillah tiada rungutan dari pembeli atau pembeli pulangkan semula barangan yang kami jual. Sebab tu kena jujur, kalau rosak kami akan bagitau rosak dan tidak akan menjualnya. 

Ok, cukuplah 3 perenggan tips dariku hehe. Anyway, minggu lepas walaupun pengunjung sederhana tapi tetap meriah seperti biasa. Cuaca pun elok je cerah tapi tak berangin! Berpeluh-peluh dibueknya diknon!😆












Boleh tahan barang jualan minggu lepas. Banyak barang rare atau collection item yang tak biasa dilihat tapi ada dijual disini. Ada juga barang-barang 'purba' yang generasi sekarang tak biasa tengok lagi, tapi kalau generasi X pandang mesti cam barang tu! hehe. 





Koleksi dragon ball ada 7 biji kesemuanya


Contohnya, koleksi bola kristal Dragon Ball yang kami jual ni. Budak 90an mesti kenal tagline dia, "DRAGON BALL ADA 7 BIJI KESEMUANYA" hehehe. Kalau mak pak lalu depan kami dan terpandang bola kristal ni mesti diaorang tersenyum dan cakap, "eh dragon ball! cukup 7 biji naga keluar". Memang lejen kartun tu kan. Budak sekarang apa tau ... asyik layan kartun robocar poli tak pun my little pony hehe.

Ada sorang budak dan pak dia mai tengok bola kristal ni dan anak dia cakap, "eh guli...!". Pastu pak dia balas, "bukanla ... tu dragon ball kartun ayah tengok kecik-kecik dulu", hahaha ... aku dengar senyum je la.

Apapun, koleksi dragon ball ni telah selamat dijual pada hari tu jugak! Tali pinggan original Levi's kami pun berjaya menemui tuan barunya hari itu. Alhamdulillah .. rezeki tuan baru tu, terima kasih la mai beli ngan kami.

😊

10 comments:

  1. wahhh, rindu CBS Kota Dmansara!! tahun lepas IQ join CBS KD sebab nak jual barang2 rumah Arwah Ummi IQ. Seronok sangat! Tapi sekarang IQ dah tak tinggal di KD dah lepas husband IQ meninggal. huhu..rindu segalanya di KD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah buat arwah suami sis. Meniaga di KD memang best setakat ini, meriah dan happening :)

      Delete
  2. Bestnya... Part buku tu memukau mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam buku ada kat sini sis, paling banyak novel la. Buku ilmiah pun ada gak kadang-kadang :)

      Delete
  3. seronok lak tgk berniaga macam ni hehhehe...betul tu kalau jujur mesti customer datanglagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sue ... kalau customer tak tawar menawar lagi seronok rasa hehe :)

      Delete
  4. Seronoknyaa ada benda nak dijual.. ena setuju dengan kata-kata akk, even barang terpakai, biarlah ianya masih boleh digunakan even rupa tak berapa nak baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... kalau tak boleh guna just bagitau je. Jangan buat senyap, pelanggan akan rasa tertipu walaupun barang tu murah harganya :)

      Delete
  5. part dragon ball tu memang rare sungguh.. =D

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tengok.kalau IbuNoey datang sana,mesti rambang mata.lagilah kalau bawa anak-anak ni.mesti dok tunjuk mainan tu.

    Soal kejujuran tu,memang betul.barangan terpakai ni memanglah selalu tak nampak baru.tapi kenalah berfungsi juga.

    ReplyDelete

Apa kata korang?