Dari Perak ke Padang Besar, Perlis!

Thursday, May 11, 2017


Assalamualaikum!


Alhamdulillah sampai jugak kami anak beranak di negeri paling utara dalam Malaysia ni noooo ... haha. Dah la tak dirancang, dapat pulak pi Padang Besaq! 

Haaa .. alkisahnya, ingat nak balik Perak cuti sabtu dan ahad tapi Allah izinkan kami pi melawat adik ipaq yang duduk di Arau. Bagai pucuk dicita ulam mendatang la kita ni kan ... nak jugak tengok negeri orang macam mana. Kot-kot boleh jumpa pelam harum manes kaaaa ... kan!




Perak ke Perlis mana jauh sangat. Dari Bagan Serai amik jalan Aloq Pongsu terus masuk highway PLUS, kurang 2 jam dah sampai kalau tak jem! Sempat jugak la kami 'melambai' orang Kedah hehehehe. Kami bertolak dalam kui 10 lebih, sampai sana dekat kui 12, cun-cun time makan tengahari.



Dah sampai Arau, adik ipaq bawa pi makan kat restoran Anjung Keli kat Kuala Perlis. Masing-masing dah lapar tahap gaban ...bila tengok lauk dia mak aiiii! laggggiiiiii menambahkan kelaparan kami hehehe.

Tapi gambaq takda nak tunjuk sini. Hang pa kena pi sana sendiri tengok lagu mana depa susun makanan. Perghhh ... kerabu saja dok ada 7-8 jenis weh. Elokkkk teratoqqqqq depa susun. Tempat makan pun banyak, nak makan duk dalam ekon bayaq empat kupang. 

Lagi satu, restoran ni memang terkenai dikalangan pengunjung tempatan dan dari luaq. Pastu ayaq depa cepat sampai. Harga pun sempoi baq hang...takda la mahai sangat.


murah baq hang!


Perut dah kenyang ... hati dah senang ... muka pun kembang hahahaha. Pas makan kami terus ke Padang Besaq, lebih kurang 30km dari Kuala Perlis. Apa ada kat Padang Besaq ni? sama macam Central Market ka? sama macam Pasar Khadijah ka? aku pun tak tau ...ni la baru nak pi tengok ni hehehe.

pemandangan luar arked niaga Padang Besaq


Besa la ... dah nama pun tempat tumpuan pelancong, meniaga pun macam-macam la ada kat sini. Makanan, baju, mainan, periuk, raga dan segala macam jenis barang ada kat sini. Kaki tu je kena kuat berjalan dan nak kena tempuh ramai orang bersesak di dalam.















Makan dah dapat ... jenjalan dah dapat ... shopping dah dapat. Tapi yang aku cari-cari, yang aku tunggu-tunggu ... yang sinonim dengan negeri Perlis ... HARUM MANES!

Tapiiii ...alangkah kuciwanya hamba, pelam harum manis yang dipuja belum boleh dipetik! Kena tunggu tengah bulan baru boleh petik .... adoiiiiyaiiiii hehe. Maka, berhuhu je lah aku memandang pokok pelam berbungkus plastik di kebun kepunyaan birasku ini hehehe.


buahnya banyak ...masaknya belum lagi

Yeaaaa ... kami dah sampai Padang Besaq dikala umoq 30an hahaha!

Separuh hari di Perlis meninggaikan kenangan manis kami sekeluarga. Terima kasih cik abgku sebab bawa kami pi sini. Terima kasih jugak sebab mak mertua yang cadangkan pi Perthlis hehehehe. 

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. harum manis pertengahan bulan baru masak ek kak hanim? hehe...dulu pernah rasa. memang sedaaappp

    ReplyDelete
  2. bestnya.. lama tak p sana wlaupn dulu duk dkt ja, dlam uum nuh...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM