Kampung yang dirindukan ...

Tuesday, May 02, 2017


Assalamualaikum!


Makin lama makin 'suam' blog ni. Tak banyak cerita macam dulu-dulu hehe. Sibuk ngan dunia nyata membuatkan aku 'melepaskan' dunia maya buat seketika. Melepaskan bukanlah bererti tidak ambil peduli lagi, tapi sekadar bergerak secara slow and steady. Keluarga, komitmen kerja dan bisnes kecil-kecilan membuatkan aku tak menang tangan nak berkongsi cerita di sini. Tapi, di instagram dan facebook tetap ada perkongsian walau tak banyak huhu.

Tiga benda aku suka tengok setiap kali balik ke kampung halaman. Pokok bunga, ayam dan hasil kebun. Seakan menjadi terapi diri setelah penat mencari rezeki di kota besar. Seperti berada di bumi asing, tapi aku sukakanya! 


Tak diketahui anak ayam ni dari generasi keberapa. 
Yang tahu hanya Mak Eton


Dulu-dulu la kan, masa aku budak-budak lagi setiap kali balik kampung mesti teringin nak pegang anak ayam. Pergi kat belakang umah nenek sedara tu, tenung je la ayam dalam reban tu. Bila dapat pegang sekali .. dia punya senyum sampai ke telinga! Tapi tak puas sebab takleh pegang selalu. La ni sejak Mak Eton bela ayam sendiri, puas 'gomol-gomol' anak ayam tu hehe.

Tapi sesekali pegang ... seronok juga weh! kecik comei je dia dalam tapak tangan kita. Walaupun kerdil, molek je dia duduk diam. Mak Eton cakap lagi tujuh bulan boleh kita makan dia ... alamakkkk haha!


adik beradik ... sekor ayam botak, sekor lagi ayam gebu gebas

Betik madu

Tengok pokok yang subur pun boleh jadi satu terapi jugak! Beranak pinak dah pokok aku tengok betik madu ni. Manis pulak tu isinya! Alhamdulillah ...


Nenas nallarekek!

Ok, ini nenas terbesar aku pernah tengok sendiri!😱 Dia punya tinggi dan besar hampir sama ngan 10kg beras tepi dia tu! Dah masak atas pokok baru Mak Eton petik. Pokoknya di belakang umah Mak Eton dekat ngan pokok mangga. Aiseyyy, menu dalam kepala ... sodap dibuek pajeri noneh atau masak lemak ikan masin atauuuu air nenas! 

Mak Eton suruh aku bawa balik ... isshhh tak dapek la, bonet kete dah penuh dengan betik dan asam pedas ikan parang leeee 😂




Haaaa yang ni memang favorite spot Mak Eton hehe. Kalau tengok ada kerusi ngurut ni, dapat la dia merasa diurut. Terlena-lena Mak Eton sebab sedap katanya. Aku je muka ketat sebab sakit .... tulang kannn! hahaha ...


You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM