Tuesday, May 09, 2017

# Food # Food Review

Nasi Arab KL | Restoran AL RAWSHA


Assalamualaikum!


Ini bukan kali pertama kami makan kat Al Rawsha. First time pergi makan dulu, kecewa gak le! Dah la tak sedap, staf tak reti cakap Melayu pulak tu ... mahal lagi! Rasa tak berbaloi ... lama gak kami 'boikot' hahaha!

Tapi dah hari-hari lalu depan dia on the way nak balik rumah, so mata-mata kami ni memang tak lepas la dari memandang restoran Al Rawsha ni kan. Setelah beberapa tahun, kami memberanikan diri untuk masuk semula ke sini ...



Kata sudah disepakati, maka masuklah kami anak beranak ke dalam restoran Al Rawsha yang terletak di Kg Pandan. Parking banyak, tak perlu berebut. Meja pun banyak disediakan di tingkat bawah dan atas. 




Malam tu hujan pulak tu, maka perut cepat jadi lapar hehe. So, kami order apa yang kami faham dalam menu tu hehehe. Menu nasi arab kat Al Rawsha ni berbeza sikit dengan restoran nasi arab lain, kat sini kami susah sikit nak faham nama-nama menu dia hehe, tapi mujur ada penerangan ringkas tentang kandungan dalam menu tu. 


Chicken Mandy

Zurbiyaan - steam lamb with rice mixed with potato & brinjal

Lamb Kabsa - Saudi & Yemen rice with lamb

Lamb Soup with bread

Lamb Soup

Mushroom Soup


Nampak tak kebanyakan makanan yang kami order mesti ada kambing kecuali Chicken Mandy ..haha! Ni sebab kami laki bini memang antu kambing ....means peminat tegar daging kambing! So kalau makanan nasi arab wajib ada kambing hehe. 

Semua makanan di atas ni sangat recommended! Dari Lamb Kabsa sampai la ke Mushroom Soup dia memang menepati selera kami anak beranak. Chicken Mandy tu sepinggan boleh makan dua orang tau, memang banyak portion dia walaupun dalam pinggan.

Aku punya Lamb Kabsa dan Pak Jelan pilih Zurbiyaan. Zurbiyaan memang best! Lamb Kabsa pun terbaik! Lamb Soup pulak makan ngan roti ... makan panas-panas memang the best! Tapi kami dah makan nasi dulu, maka roti ngan Lamb Soup tu kasi bungkus je la hehe.

Mushroom Soup dia pun sedap, makan dengan roti keras tu. Pekat dan 'mewah' dengan potongan cendawan. Ini baru betul sup cendawan maa!




Alhamdulillah ...muka-muka kekenyangan puas hati dengan keenakan nasi arab hehe. Jauh berbeza dengan yang first time kami pergi dulu. Dan lagi satu yang buat aku terperanjat bila Pak Jelan tunjuk bil dia hohoho. Ingatkan kena sampai dua ratus lebih ke tiga ratus. Rupanya hanya seratus lebih je ... memang ok sangat la kalau nak bawa family datang makan sekali sekala ye dak ;)


Al Rawsha Restaurant
No. 8, Jalan Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur


6 comments:

  1. Pernah jugak nampak cawangan kt tmpt lain tapi xpernah cuba

    ReplyDelete
  2. Akak kan...pernah ajak cik abg makan kat sini...x naknya dia...sedih i tau...seksinya tgok half bird tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa ...suh dia baca entri ni pastu ajak sekali lagi hehe

      Delete
  3. nasib baik pergi kali kedua berbaloi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aLhamdulillah ...kali kedua terbaikk

      Delete

Apa kata korang?