Breaking

Friday, May 19, 2017

Pertandingan Kalam Jamaie Daerah Petaling Utama 2017 | SK Kampung Tunku


Assalamualaikum!


Satu lagi pencapaian tahun 2017 ini buat Nurul Hazwani, apabila terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Petaling Utama 2017. Berbekalkan pengalaman sebulan yang lalu mewakili sekolah agama, kali ini Wani bersama rakan-rakan sekolah yang lain bertanding atas tiket sekolah rendah pula.



Bila cikgu hantar gambar ni dalam WhatssApp ... masyaAllah apasal Wani cute sangat ni! Comei pulak dia pakai shawl macam tu. Ibu pakai pun tak lawa dan tak cute macam tu hehe. Hampir 2 minggu juga dia berusaha menghafal 'skrip' kalam jamaie sebelum hari pertandingan. Dalam rumah, dalam kete sengsorang dia cakap bahasa arab. Aku nak menyampuk tak reti ...dengarkan aje la dialog dia hehe.

Walaupun diriku tak faham bahasa arab tapi, selalu ingatkan dia untuk hafal dialog dan tengok persembahan kalam jamaie di YouTube untuk sumber inspirasi dan keyakinan bercakap atas pentas. Ibu yakin ... Wani takda masalah tu sebab dah ada pengalaman sebelum ni.




Tahun ini, Pertandingan Kalam Jamaie diadakan di SK Kampung Tunku, Petaling Jaya disertai oleh 26 buah sekolah rendah sekitar daerah Petaling Utama. Ia dianjurkan oleh PPD Petaling Utama, dan Encik Mohd Zainuddin Mohd Zain dari PPD telah hadir sebagai perasmi dalam majlis penutup pertandingan.

Tema pertandingan tahun ini ialah "Al Quran asas pembinaan ilmu dan pembentukan akhlak" dan disertai oleh murid-murid tahun 4 hingga 6.

Walaupun sekolah Wani tidak memenangi pertandingan pada tahun ini, tapi ibu ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan sekolah Wani kerana berjaya mewakili sekolah dan berusaha keras dan memberikan persembahan yang terbaik!👍👍👍

Tahniah juga kepada yang berjaya! 

Keputusan rasmi pertandingan 
Johan : SK Tmn Medan
N.Johan : SK D.Damai 2
Ketiga : SK L.Subang

Ibu so proud of you sayang .... 💗

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.