Bila tiba Ramadan ...

Friday, June 02, 2017

Assalamualaikum!

Hujannnn di pagi Jumaat pertama Ramadan...alhamdulillah! Dah masuk hari ke 7 kita berpuasa, alhamdulillah walaupun cuaca luar agak terik pada hari² sebelumnya tapi disebabkan kami duduk dalam umah je maka tak terasa sangat kedahagaan itu hehe.

Apapun, Wani dan Mira juga berjaya menempuh minggu pertama puasa walaupun ada satu dua hari terberancai hehe. Mungkin juga tahun ini Ramadan jatuh dalam minggu cuti sekolah, maka drama minta makan minta minum itu tidak melampau sangat kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas hehehehe.



Eksaitednya mereka nak sambut Ramadan bila masing² tunjukkan carta Ramadan yang cikgu bagi. Bagus juga ada carta Ramadan ni. Mereka lebih berdisplin mengerjakan ibadah setiap hari. Kalau sorang tak ingat, sorang lagi tolong tandakan. 

Yang kelakarnya, hari pertama puasa my kenit Mira tu dah tanya soalan. Soalannya dari pagi satu je,"berapa jam lagi ye bu?" hahaha...

Yang my sulung pulak Wani dok kira berapa hari lagi nak puasa haha. Gitulaaa...tapi diaorg gigih juga berpuasa dan pastinya tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Moga mereka boleh berpuasa sehingga ke penghujung ramadan nanti..insyaAllah.

Sahur? hurmm..kite offer nasi takmo, kite offer mee takmo. Satu benda je diaorg nak makan time sahur...roti! Roti kaya, roti coklat atau gardenia butterscotch dengan air masak atau air nestum tu pun dah ok pada diaorg. Pastu makan sambil pejam mata hehe...jadikleeee janji sahur kannn!


Ada seminggu lagi cuti sekolah, acaner la bila dah buka sekolah nanti yek? harap² tekak mereka boleh bertahan macam sekarang heee...

You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. hehe comelnya ade checklist tu

    ReplyDelete
  2. adoi.. atie memang dah plan nak buat checklist tu, tpai dok tangguh2 terus la sampai 12 ramadhan dah ha.. lupa terus dah..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Siap ada check list lagi. Ni bukan je budak2, orang dewasa pun boleh guna juga.

    ReplyDelete
  4. bagusnya..siap checklist..ehee..good luck kakak adik puasa penuh ye..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM