Saturday, June 24, 2017

# Bila Balik Kampung # Perak

Melayu kuat makan nyoq!


Assalamualaikum!






Antara barang makan yang paling laku keras tiap kali raya....santan! Kalau meniaga santan time-time nak raya ni memang boleh kaya sekejap la. Pak Jelan sebelum kui enam setengah pagi dah terpacak depan kedai runcit kat kawasan taman perumahan, tapi bila ditanya santan ada ke dak, jawapannya mengecewakan. Pi pulak market cari santan, sekali...tuddiaaaa orang punya beratuq panjang! Dah tu ada yang dah siap-siap kira berapa orang ja boleh dapat santan pasai nyoq dok ada pun tak banyak tinggai dah.

 Balik umah naik pulak motor, pi pulak masuk kampug Parit Jawa cari lagi. Mujuq la sini ada juai lagi santan. Tak payah kalut nak kena beratuq sampai laga-laga pungkoq. Berapa banyak santan hang nak, hang habaq ja...dua belas ringgit sekilo pun orang sanggup beli tau.  Orang menjuai tu pun cakap, nyoq tak banyak dapat tahun ni..buah tak berapa 'menjadi'.

Nak raya ni...takda santan tak meriah weh! heeee

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?