Minggu kedua bulan enam ...

Wednesday, June 14, 2017


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa. Blog pun sekejap timbul sekejap tenggelam hehe. Tak terdaya nak update cerita setiap hari kerana mengejarkan urusan lain yang lebih penting. Apapun, aku akan cuba sedaya upaya untuk 'menghidupkan' kembali keceriaan blog ini dengan cerita-cerita yang bermanfaat untuk dikongsi.

Ok, minggu lepas macam biasa la kami di CBS Kota Damansara. Cuaca cantik dari pagi lagi, kepulan awan Altokumulus 'meraikan' kedatangan kami disana. Tapi, menjelang siang bahangnya makin terasa! Walaupun dah minum air masak setengah botol time sahur, tetap jugak terasa dahaganya hehe.




Disebabkan cuaca terik bebenor, maka aku tak dapatla nak round kawasan hari tu. Duduk je kat tapak sendiri melayan pelanggan. Tu pun kejap-kejap aku duduk berlindung dari terik matahari, sebab tak larat berdiri lama. Dah la tekak 'kering' ... dia punya dahaga tu lain macam! hehe.


Minggu lepas lebih ramai yang datan join cbs ni. Memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan, maka jumlah pengunjung setiap minggu juga bertambah. Lebih-lebih dekat nak raya ni, memang orang sedang mencari barang la kan.

Memandangkan koleksi jubah aku tinggal hanya beberapa helai, aku try la letak jubah raya dan baju raya anak-anak yang dah tak muat untuk dijual. Alamak ... laku keras la! Jubah budak yang depan sekali tu terus 'disapu' dengan harga RM10 selepas diskaun.


CD lagu-lagu Melayu dan lama serta VCD lama yang masih elok



Dekat-dekat nak raya ni kan, antara barang yang laku keras ialah beg balik kampung, langsir, cadar, baju raya kanak-kanak dan orang dewasa. Barang yang dijual bukan barang rosak, tapi masih elok dan boleh dipakai lagi. Dijual dengan harga murah dan memang mampu milik...tak ok lagi ke? heeee.






Itu jelah cerita aku minggu ni. Tak dan nak jalan-jalan tangkap gambar apa orang lain jual. So, kita letak gambar kita je la yek ... hehe.


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. rajin kak meniaga.. hehe semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. teringin nak join CBS ni sbb bnyk baju2 elok taktau nak letak mana

    ReplyDelete
  3. rindunya nak join CBS KD, IQ pun ada barang nak dijual ni. Tapi tunggu longgok banyak2 dlu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM