Minggu Terakhir Ramadan di CBS!

Monday, June 19, 2017


Assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu terakhir Ramadan kita dah ye. Begitu cepatnya masa berlalu, sayu nak meninggalkan Ramadan ini. Mungkin sebab terasa ibadah yang dikerjakan masih tidak cukup banyak untuk dibuat bekalan. Moga kita semua diberikan kesempatan untuk menambah amalan di Ramadan tahun depan ...aaminn.

Sepanjang Ramadan ini juga alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk memeriahkan suasana pagi Ahad setiap minggu bersama yang lain walaupun dalam keadaan berpuasa .... alhamdulillah.


 sumber : CBSKotaDamansara

Walaupun berpuasa, suasana disini tetap meriah dengan kehadiran pengunjung dan peniaga. Cuaca sepanjang empat minggu ni juga sangat menyebelahi kami, walaupun pagi semalam hujan sikit tapi lepas tu elok mendung dan berangin.


Memandangkan minggu ni minggu terakhir Ramadan, maka datangla mood nak cari baju raya kan. Kat CBS ni pun ada jual baju raya tau, kebanyakannya pre-loved dan masih elok dan cantik. Baju Melayu lelaki pun laku keras minggu ni. Kasut jalan budak, baju kurung, jubah dan tudung memang orang dok mencari.






Kami pun ada stok baju kurung dan jubah raya. Alhamdulillah semalam pun kami ada buat sale beg, baju kurung dan jubah. Dua beg hanya RM5, baju kurung 2-3 pasang RM10, jubah hanya RM18. Haaa murah dah tu kan! Tapi sale hanya untuk hari tu je la, kasi 'jalan' sebanyak yang boleh .... ringan la sikit kereta tu nak bawa balik kang hehe.

Disebabkan ramai pengunjung, tak sempat jugak aku nak berjalan-jalan tengok orang lain punya barang. So, aku tepek je la gambar-gambar dari page CBS Kota Damansara untuk tatapan korang yek.

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara

 sumber : CBSKotaDamansara


Alhamdulillah, lengkap sudah 4 minggu kami sepanjang Ramadan di CBS Kota Damansara. Terima kasih pada yang berkunjung ke tapak kami dan membeli dengan kami. InsyaAllah lepas raya kita bersua kembali.


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. yelah,minggu depan dah raya kan,minggu last pun orang ramai kan anim

    ReplyDelete
  2. Semoga semua berjalan lancar ok..
    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  3. nak2 raya ni mesti orang nak cari baju raya kan? nak jimat memang cari dekat CBS je, kalau untung dapat yang masih elok. =)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM