Monday, July 31, 2017

# Carboot Sale Kota Damansara

Hujung Minggu


Assalamualaikum!

Hujung minggu korang dimana? Kami kat mana lagi kalau bukan disini lerrrrr! Minggu sebelum tak dapat nak join, sebab 'terbabasss' haha. Tapi minggu ni alhamdulillah ... ku gigihkan juga bangun dan bersiap seawal pukul 3 pagi sebab tak sanggup lagi 'terbabas' macam minggu sudah hehehe.

Satu benda kena tau, kita kalau dah biasa join meniaga macam ni bila 'tertinggal' satu minggu memang bangun pagi rasa macam ...ermmm tak sempurna! Macam tak kena je ... sebab dah biasa walaupun mata mengantuk badan penat, dan kena bangun sepertiga malam dikala orang lain sedang lena diulit mimpi tapi bagi kami penat macam mana pun, tetap berharap dapat pergi sini. Kecuali la kalau Pak Jelan tak sihat atau ada hal kecemasan yang lain, maka nak tak nak kena amik 'cuti' huhu.



Minggu lepas ok. Ruang parkir yang banyak kosong pada minggu-minggu sebelumnya (sebab raya) sudah dipenuhi dengan peniaga baru dan lama. Cuaca pun ok, cuma sebelah pagi tu bila langit gelap dengan awan tebal, dan bunyi guruh berdentum menjadikan hati-hati kami berdebar seketika ... haha! 

Mujurlah awan tebal dan bunyi guruh tu sekadar 'lalu bagi salam' je, dan langit kembali cerah seperti sediakala. Apapun, kalau meniaga konsep terbuka macam ni kita kena sediakan 'Plan B' supaya barang jualan tidak dibasahi hujan 😊










Memandangkan minggu ni minggu gaji, maka ramai yang buat jualan murah untuk barangan masing-masing. Walaupun barang terpakai, tapi masih mendapat tempat dihati pembeli tempatan dan orang luar. Cuma kita kena pandai pilih dan tawar harga yang berpatutan. Janganlah minta harga murah melampau sangat! Depa pun kena bayar sewa tapak tau ... so, tawar harga tu biar win-win situation ye!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?