CBS | Bangsa penyegan!

Monday, August 21, 2017


Assalamualaikum!


Pagi yang indah, cuaca yang cerah walaupun malam sebelumnya hujan agak lebat. Minggu ni suasana lebih meriah! Mungkin sebab admin CBS ni pun rajin update tentang aktiviti carbootsale setiap minggu di page FB diaorang, so bila tiba hari Ahad memang ada 'muka' baru disana.

Sekarang ni, semua promosi mesti menggunakan media sosial. Tapi kalau ada media sosial pun tapi takda update tentang aktiviti pun tak guna jugak! So, admin la kena selalu letak gambar dan post aktiviti jualan carboot setiap minggu supaya orang ramai tahu perkembangan disana. Dari situlah, muka-muka baru akan muncul setiap minggu samada yang nak join meniaga ataupun mencari barang rare dan murah.


Suasana sekitar jam 8.20am


Admin Carbootsale Kota Damansara antara yang aktif mempromosikan jualan carboot setiap minggu. Sebarang informasi tentang bagaimana nak join carbootsale sini dah ada disediakan. Tinggal lagi nak klik link tu dan ...BACA! Tapi orang kita ni PENYEGAN nak membaca! Aku guna perkataan penyegan tu sebab ia lebih 'lembut' dan sopan, tapi maksudnya tetap sama .... PEMALAS!

Apela susah sangat ha, orang dah share link tu just klik dan akan terbukalah paparan dan bacalah semua info kat situ. Sebelum soalan ditanya, admin tu dah siap-siap bagikan jawapan! Tu pun masih ada yang penyegan nak baca, terus tanya "harga satu tapak berapa ye?", "hari Ahad je ke boleh menjual?" blablablablabla ....sampai aku pun geleng kepala la! Semuaaa nak kena 'suap'! Kadang-kadang 5 soalan yang sama setiap minggu diaorang tanya, macam la admin tu guna bahasa Sanskrit! 

Ehh..termarah pulak haha!

Tapak kami. Pandai dua orang bidadari kecil ni, tau masing-masing 
baru bangun tido terus sorok muka tak pandang kamera. 
Good job ladies!😂


Back to my carbootsale thing, my dua orang bidadari cinonet ni sebenaqnya dah 2 minggu kemaruk nak ngikut meniaga carbootsale, tapi kami tak bagi sebab minggu pertama ada exam bulanan dan minggu kedua ayahnya gi join kengkawan lain meniaga di School of Collector, Jaya One. So, bila ada permintaan nak ikut kali ni, tak sampai hati la pulak nak menolak ye dak.

Dah la... banyak sangat membebel pun bukan orang suka kan. Moh kite jenjalan cuci mata. Sorry tak banyak gambar this week sebab mata aku dok ralit tengok barangan jualan hehe.










Banyak lagi barang-barang best dan rare kat sini. Walaupun barang kami takda la rare macam orang lain, tapi semalam kami terima kunjungan dari orang kampung Pak Jelan (lebih kurang la) yang mai jauh dari Parit Buntaq!

Ceritanya, makcik tu bawa mai kawan dia jenjalan turun KL dan singgah kat tapak carbootsale semalam. Makcik tu pulak cukup berkenan dengan satu beg kulit kami juai. Bila dapat tahu Pak Jelan mai dari Utaqa dekat pulak tu kat Bagan Serai, teruih hingaq tapak kami dengan suara depa hehe.





Dekat 15 minit gak depa kat situ, boleh aku terlupa nak amik gambaq! Haihh ... 

Makcik, kalau makcik atau anak makcik terrrbaca ni ...terima kasih naaa. Tak dan nak amik gambaq makcik pasai ralit berborak bagai hehe. Tapi memang meriah kejap tapak kami dengan kehadiran makcik dan anak-anak depa 😊


You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM