Breaking

Wednesday, September 13, 2017

CBS WANGSA WALK | Pengalaman join carbootsale


Assalamualaikum!

Tarikh keramat tanggal 9hb September, bermulalah episod carboot kami di sini. Wahhh kerrrramat la sangat ye haha! Walaupun kami tinggal di KL tapi ni la first time kami join aktiviti carbootsale di Wangsa Walk ni. Dekat jugakla dengan rumah kami, kalau tahu jalan dalam cepat je sampainye.

Aku try cari info kat google, kot-kot ada yang sudi berkongsi pengalaman meniaga carboot di sini tapi tak banyak yang ada. Pastu tu try cari kat facebook, kot-kot admin dia ada update aktiviti carboot setiap minggu tapi tak seaktif yang KD punya huhu. So, mujur kawan Pak Jelan ajak datang sini dan cuba untuk tengok sambutan. Fuh ... neves kita wakkkk!




Wangsa Walk? Aku ni nama je duduk KL tapi Wangsa Walk tak pernah singgah lagi. Baru aku tau situ ada shopping mall hahaha. Adehhh ... masa lalu kat sana, memang nampak orang ramai dan agak happening juga. Yang join carboot pun boleh tahan juga ramainya. So, why not kita cuba dulu kat sini kan!

Tak seperti di KD, CBS Wangsa Walk ni kena booking dulu, means kena call admin dia dulu untuk booking tempat. Bayaran akan dikutip pada hari kejadian. Bagi tau nombor kereta dan nama ... setel! CBS Wangsa Walk beroperasi setiap Sabtu & Ahad. Sabtu ada satu slot je bermula jam 3pm hingga 11pm. Hari Ahad ada 2 slot (pagi dan petang). Disebabkan Ahad kami dah ada kat KD, maka kita try Sabtu kat sini.

Kami sampai dalam pukul 3pm macam tu. Dapat tapak, terus susun apa yang patut dulu. Cuaca elok panas dan cerah petang tu. Tapi tanpa disangka, episod mendung pun bermula ...hehe.





Dan seperti dijangka, mendung kelabu di langit menyaksikan hujan turun dengan lebatnya hampir pukul 4pm. Dah siap susun barang atas meja, terpaksa tutup dengan plastik kanvas. Mujur tak bawa keluar lagi beg-beg bundle masa ni hehe. Tapi kalau hujan pun tak susah, tapak kami dekat dengan kedai serbaguna mynews.com, so kami perabih duit beli makanan duduk melepak sambil tunggu hujan berhenti hehehe. 

Kebetulan tapak kami dapat tu memang dekat dengan pintu keluar masuk Wangsa Walk Mall, jadi senang nak gi tandas dan beli makanan. Cuma nak ke surau kena jalan ke dalam sikit dan naik eskalator tingkat 2 (kalau tak silap). Surau selesa alhamdulillah.

2-3 kali juga hujan turun berhenti turun berhenti, 2-3 kali juga la kami kejap tutup kejap bukak hehe. Apa nak buat selain banyak-banyak bersabar ye dak. Kalau tak boleh sabar, janganlah ceburi dunia perniagaan ni sebab sebelum Allah nak bagi rezeki, Dia akan uji dulu tahap sabar kita macam mana. Sabarkah kita melayan pelanggan? sabarkah kita bila barang hilang? sabarkah kita bila turun hujan? Memangggg kena banyak sabar. 




Time ni 👆 hujan masih turun tapi kejap rintik kejap hilang kejap rintik kejap hilang hehe. So, kami decide bukak je la sebab dah dekat pukul 8pm dah pun. My sulung la yang dok tolong lapkan barang jualan atas meja. Tapi, orang masih ramai lagi keluar masuk Mall ni, so crowd memang ada la.

Hari tu hujan sederhana kadangkala lebat. Tempoh hujan pun agak panjang. Bayangkan la kami kat sana dari pukul 3pm lebih, hujannya sampai ke malam walaupun sekejap-sekejap. 

Tak best la kalau tak jenjalan tengok barang apa yang diaorang jual kat sini kan. Kami ni first time maka wajiblah melawat 'kawasan' dulu amik aura hehehe.


















Agak menarik juga barangan diaorang kan! Walaupun barangan terpakai tapi cantik-cantik semuanya. Macam biasa la, kalau kita nak join satu-satu carboot tu kena faham dan ikut peraturan dia. Lain tempat lain caranya. Sebab tu, aku selalu pesan ikutlah tips-tips macam mana nak join carboot supaya bila kita pergi sana, takda la nampak blur sangat. 



Dalam kul 9 lebih baru berani nak keluarkan beg-beg bundle tu hehe. Alhamdulillah walaupun first time join carbootsale kat Wangsa Walk ni, tapi pengalaman yang menarik bagi kami sekeluarga. 




Bukan takat dapat pengalaman je, tapi Mira pun dapat kawan baru hehe. Si kecik tu asyik 'mengekor' je mana Mira pergi. Mira pegang gula-gula lipstik tetiba dah ada kat tangan budak tu. Rupanya budak tu minta, Mira bagi pastu terus jadi hakmilik dia hahaha! Takpela Mira, bagi je la terus kat adik tu ye.

Alhamdulillah, kami berkemas dalam kul 11pm, sampai rumah kul 12 lebih. Esoknya kami berdesup ke CBS KD pulak! haha. 


13 comments:

  1. laaa, hanim duduk area wangsa maju ke? IQ duduk area keramat au3, adik IQ ad la pernah join cbs wangsa walk ni, tapi dorang stop skjap

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya duduk area ampang tapi kalau lalu jalan belakang dekat jugak ngan wangsa maju tu hehe

      Delete
  2. Wahhh... Masyukkk biasa nyer kalau lepas hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...kebiasaannya begitulah sis :)

      Delete
  3. Ampang.. Wangsa Maju tak jauh mana. Lebih dekat dari Kota Dam. Best la pulak tengok orang berniaga kat cbs. Percayalah bahawa rezeki itu Allah bagi. Kita hanya berusaha. Setakat hujan tu hehehe... ujian kecik je. Moga berjaya.. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn...terima kasih. Memang tak jauh pun hehe tapi sebab dah biasa kat KD so pergi jugak la. Yang Wangsa Maju punya ni pun ok jugak :)

      Delete
  4. All the best Hanim..akak doakan Hanim maju jaya

    ReplyDelete
  5. Salam sini ada yuran ke kak? Any contact tak?

    ReplyDelete
  6. Salam kak. Kena bayar ke or walkin je kat sini? Ada contact tak? TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam ... time akak dulu walk-in je dik. Takda no contact orang tu :)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.