Wednesday, September 20, 2017

# Carboot Sale Wangsa Walk # Cerita My Pearls

Ferris Wheel @ Wangsa Walk Mall


Assalamualaikum!


Macam-macam cara la mak tu nak bagi anak-anak dia happy kan. Kalau boleh hari-hari nak bagi something yang anak tu suka supaya dia senyummmm sokmo! Ibu hargai sangat sangat bila kakak dan adik bersama-sama ibu dan ayah cari rezeki walaupun di hujung minggu. Jumpa kawan-kawan hanya di sekolah pagi dan sekolah agama. Tiba hujung minggu pun terpaksa ikut ibu ayah ke sana sini 😔.

Hari tu masuk sini, Mira dah aim nak naik benda ni. Tapi masa tu orang ramai, so kita postpone pada minggu lepas. Time ni orang dok sibuk beratur kat Baskin Robin untuk aiskrim percuma (beratur panjang kat belakang tu), so takda orang la kat Ferris Wheel ni hehe.



Kakak tak nak naik pada mulanya, tapi aku cakap naikla temankan adik. Dia nak aku naik sekali, hishhh ... jangan kak, kang ibu naik takmo turun terus haha. Ibu bukan tak suka naik benda alah ni tapi biarlah kakak dan adik je yang naik. Ibu dah puas merasa semua ni masa muda-muda dulu. Sekarang ni, nak bagi kakak dan adik reward sebab sudi temankan ibu ayah ke hulu ke hilir cari rezeki.


permata jantung buah hati ibu

Yang beria nak naik pun Mira je. Kakak ni pemalu banyak. Suruh dia naik ngan adik pun dia takmo, nak ibu juga naik sekali. Tapi paksa juga dia naik sama-sama hahaha ... bukan ngan orang lain pun ngan adik sendiri. Ferris Wheel ni jenis indoor so senangla ibu nak perhati kakak dan adik dari bawah. Bayaran pun kira ok la RM5 seorang. 

Walaupun masing-masing dah besar panjang, nak teruja terkinja-kinja macam dulu tu takde la. Tapi kita tahu la diaorang suka dan happy dapat naik. Tersenyum-senyum melambai-lambai je la dari dalam tu kat ibu hehe. 




So, kalau korang datang ke Wangsa Walk Mall bawa la anak-anak naik Ferris Wheel ni. Tak tinggi mana pun dan selamat insyaAllah.


2 comments:

  1. seronok anak-anak ada ada tarikan mainan macam ni.

    ReplyDelete
  2. Seronok Mira ya, nie kalau anak akak tau mesti ngajak juga nie Nim..

    ReplyDelete

Apa kata korang?