Friday, September 15, 2017

# Filem Review # Kenit Review

Kakak nangis tengok cerita Hachiko


Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya kakak tengok filem dan menangis.  Sedih ... tapi best filem ni! Cerita tentang kesetiaan seekor anjing yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya walaupun tuannya dah mati. Filem ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang pernah berlaku di Jepun sebelum perang dunia ke-2. 





Cerita dia start dari hari pertama Hachiko bertemu dengan Professor Wilson (Richard Gere) di stesen keretapi, dan sejak itu hubungan mereka menjadi rapat sehingga pada hari kematian tuannya. Konsep cerita ni simple dan ada elemen kelakar sikit pada mulanya, tapi bila di pertengahan mula jadi sedih terutama part Hachiko mengetahui tuannya telah tiada lagi. Tapi dia setia juga pergi ke stesen keretapi menunggu tuannya setiap hari. Ahhh sedih sangat! Kakak menangis masa part ni, pastu dia tanya kenapa sedih sangat cerita ni huhu. Dia tak tau ibu dia pun berair mata masa tu huhu.

Pastu, anak Professor tu amik dan bawa balik Hachiko ke rumah dan bela dia. Tapi hati Hachiko tetap rindukan tuannya dan ingin kembali ke stesen keretapi tu. Akhirnya, anak Professor tu mengalah dan izinkan Hachiko pergi. Part ni pun kami menangisssss!

Paling sedih masa part Hachiko setia berdiri atas batu tempat dia selalu menunggu tuan dia keluar dari stesen keretapi tu dari pagi sehingga ke trip terakhir. Dah habis hari tu, dia akan tido bawah gerabak lama dan lelapkan mata. Esoknya, dia kembali balik ke stesen bila dengar bunyi keretapi dan tunggu sehingga ke malam. Hachiko ulang alik ke sana setiap hari selama 10 tahun semata-mata kerana nak tunggu tuan dia sehinggalah Hachiko menghembuskan nafas terakhir berdekatan stesen keretapi tu. Aduhhh...menangis lagi kami dua beranak huhu. 

Sekali lagi kakak menangis masa part Hachiko mimpi tengok tuan dia keluar dari stesen keretapi dan sambut dia dengan senyuman dan pelukan. Adehh ... dengan aku sekali terbawa-bawa kesedihan tu. Dah la ibu ni hati 'tisu' air mata mudah mengalir macam air terjun kalau sedih-sedih ni. Kesian Hachiko, rindu sangat pada tuan dia sampai termimpi-mimpi.




Setianya dia menunggu tuan dia selama 10 tahun. Tapi cerita sebenar, Hachiko tunggu tuan dia selama 9 tahun dan mati pada bulan 8 Mac 1935 ☝. Sebagai memperingati Hachiko, satu tugu peringatan menyerupai Hachiko telah dibina berdekatan dengan stesen keretapi Shibuya. Tugu tu dibina setahun sebelum Hachiko mati. 

Begitulah pengakhiran bagi Hachiko. Sedihla cerita ni ... aku taknak tengok dah pasni. Tapi sebab tak pernah tengok lagi filem ni, tu yang teringin nak tau. Last-last dua beranak menangis ... hehe.



7 comments:

  1. anjing tu memang pandai berlakon,betul-betul !acam anjing, aku tengok pun rasa melankolik.

    ReplyDelete
  2. Cerita ni mmg sedih :( dulu pernah tgk. Nangis2 jugak masa tu.. huu

    ReplyDelete
  3. Baca ttg cerita tu kat sini pun dah rasa sebak kat sini. Rasa nak tengok jugalah cite ni. Thanks sharing Anim.

    ReplyDelete
  4. Pernah baca kisah anjing ni..akak x leh la tgok citer sedih2..nak2 kisah macam ni..sure nangis

    ReplyDelete
  5. aida pernah baca kisah ni.
    and pernah tgk movie ni.
    sedih!!!

    ReplyDelete

Apa kata korang?