Kenapa sanggup bersusah payah demi ayam?

Wednesday, September 06, 2017


Assalamualaikum!


Itu adalah satu soalan yang pernah aku ajukan pada mak pada tahun-tahun sebelum ini. Aku tak faham kenapa mak begitu bersungguh-sungguh sanggup menghabiskan duit demi nak mencantikkan reban ayam belakang rumah tu, walhal takda sapa nak datang menengok pun. Takda sapa heran pun kalau reban tu senget ke, nak runtuh ke, yang penting diaorang datang dapat beli ayam!

Tapi itulah mak eton. Dulu kami bela kucing pun macam tu jugak. Walaupun tidak semewah ayam-ayam mak sekarang, tapi boleh dikatakan bahagia hidup kucing-kucing yang mak bela dulu. Baik di rumah, mahupun di tempat dia bekerja. Dibelainya, tido sekali dalam bilik, dinyanyikan sebelum tido ... haiii manja melampau kucing-kucing mak dulu! hehe.

Sebab tu bila mak balik kampung mulakan hobi bela ayam, perangai dia tetap sama. Walhal, dia bukan peniaga ayam kampung sepenuh masa. Ayam tu pun bukan macam kucing, boleh dipegang dibelai dicium. Kita datang dekat je dia dah lari! Tapi bila tabur jagung dia mencanak datang mematuk. 


masa untuk makannnn! 
Cer baling jagung, memang laju dia mematuk.


Tapi macam mana aku cakap pun, mak eton tetap istiqomah bela ayam bertahun-tahun lamanya. Tak pernah dia jemu melayan ayam-ayam dia setiap hari. Lepas solat Subuh, dia akan buka pintu reban dan lepaskan ayam-ayam tua ke tanah. Yang kecik lagi, ayam yang masih mengeram lagi dia biarkan dulu dalam reban. Kang kul 9 lebih kang dia gi bersihkan reban ayam pulak. Lepas dah bersih, bagi makan dedak dulu. Anak ayam makanannya lain, ayam remaja dan ayam tua makanannya lain. Kang tengahari mak eton masak nasi pulak tuk ayam-ayam dia. Masak nasik ok! Bertuah ko wahai ayam-ayam ... walaupun ko ditakdirkan untuk jadi lauk tapi kenyang jugak perut ko mak eton buat haha!

Ayam mak eton tu je la kejenye ...mematuk je! Sampai terik dah aku tengok tempolok tu! Selagi belum azam maghrib selagi tu la dia tak berhenti mematuk. Mak eton pernah cerita, pernah sekali tempolok ayam dia bocor sebab terkena dawai pintu reban ayam. Bila patuk jagung, jagung tu keluar balik dari tempolok dia. Kesian ayam ...  tu yang mak tekad nak renovate reban ayam yang dah usang ni.


ayam-ayam wan


Cakap pasal reban ayam, sebelum kejadian nak renovate reban ni dekat 7 orang 'kencing' abah! Maksudnya, berjanji di mulut nak buat tapi batang hidung tak nampak sampai ke sudah. Ada yang datang, cakap boleh buat pastu suruh beli kayu untuk reban tapi esoknya dia hilang dari pandangan. Memang kuat nipu orang Melayu ni. Tak boleh buat, ko cakap je la tak boleh buat. Gi nipu orang buat ape, bodo ngat!

Akhirnya, rezeki mak dapat jugak abah carikan tukang buat reban ni. Walaupun orang ni kerja siang tapi petang dia balik, dia akan singgah buat sehingga maghrib. Dia je lah harapan mak abah untuk siapkan reban ayam ni. Yang lain hancusss tak boleh pakai punya orang!


Mira je la layan ayam, kakak dah tak pandang dah sekarang.


Sejak mak eton bela ayam ni, mak eton takda kawan rapat kat kampung. Kalau ada pun dia berborak dengan jiran depan umah tu je la. Dari pagi sampai petang dia dengan ayam dia je. So nak membawang tak boleh la kan haha. Dia lebih suka layan ayam dari duduk dalam umah tak buat ape. Katanya, bela ayam takda la sunyi sangat. Anak menantu cucu jauh dari mata, ayam-ayam ni la yang temankan mak setiap hari. Kalau ada orang nak beli, baru dia jual. Kalau anak menantu cucu balik, dia akan potong buat lauk. Walaupun kos tanggung makanan ayam-ayam ni boleh cecah ratus setiap bulan tapi, mak eton tetap istiqomah membelanya. Kami nak halang pun tak sampai hati, walaupun kami tahu mak eton penat uruskan reban ayam setiap hari. Abah pulak memang dah tak larat nak buat kerja berat, memang mak la yang uruskan dari A to Z kat reban tu.


in progress


Renovation reban ayam mak eton masih dalam proses, baru 60% siapnya. Nak tukar seketul terus tak mampu woooo, tapi tukar pintu ngan jaring dan lantai tu boleh la. Janji jangan runtuh je reban tu. Setiap pintu lain kategori ayamnya. Ada yang anak ayam duduk ngan mak dia, ada yang mak ayam tengah mengeram telur, ada yang ayam dara, ada yang ayam tua ... hahaha! Parokkkk ...tapi hanya mak eton je yang kenal ayam-ayam dia. Aku tengok samaaaaaa je!

Tujuan mak eton suh renovate reban ayam ni pun sebenarnya untuk memudahkan dia membersihkan reban ayam setiap hari. Kalau 'tembak' air tu senang sikit taik ayam jatuh ke bawah hehe. Bila bersih ayam pun sihat, kita makan pun sihat kannnn hehe.

Moga tercapai hajat mak eton nak cantikkan 'banglo' ayam-ayam dia. Mujur mak eton tak suh tambah lif naik tingkat dua kan ...hahaha!

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Dulu dulu areah atok ada bela..skang dah takde dah...ada ayam nih sronok..tgk gelagat ayam...sy siap main tangkap anak ayam sebab anak ayam comel...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM