Saturday, September 30, 2017

# Cerita My Pearls

Pantun Diri Saya by Hazwani


Assalamualaikum!


Memang ibu akui, ibu jarang bercerita pasal kakak sekarang ni. Bukan sebab ibu tak nak tapi anak ibu yang sulung ni sangat pemalu kalau disuruh bergambar ... hehehe. Betullah ... anak perempuan kenalah ada sifat malu tu. Tu sebab gambar ngan kakak sangat sedikit dalam simpanan berbanding adiknya. Masa waktu baby sedaplah bergambar, tapi bila dah umur 10 tahun ni dah pandai menolak kalau diajak. 

Tapi disebabkan ibu ni jenis degil hahaha, maka kakak kena juga bergambar. Alaa gambar dengan ayahnya je punnn! Ibu baru perasan gambar kakak dengan ayah waktu umur 10 tahun ni belum ada lagi kan. Gambar selfie ngan kakak pun tak banyak, so depan sekolah jugak kakak berdiri sebelah ayah hehe.




Cantiknya anak ibu bershawl 😍. Tak puji anak sendiri, siapa lagi nak puji ye dak. Ayahnya pun encem je. Tak puji laki sendiri, siapa lagi nak puji ye dak haha! Ibu memang kalah ngan anak-anak bab cantik ni. Kakak sesuai sangat bertudung shawl, tiap kali kakak pakai shawl ibu akan puji kakak cantik dan sopan. Tak macam ibu, senget benget pakai tudung hehe. Kakak dah besar ... alhamdulillah bab aurat kakak jaga sangat. Moga boleh jadi contoh yang baik pada adik insyaAllah.

Tinggi kakak pun dah nak hampir sama ngan ayah. Ibu suruh kakak bergambar ngan ayah ni pun sebab untuk dijadikan kenangan, juga sebagai peringatan pada kami yang anak-anak semakin membesar dan satu hari akan tinggalkan ibu ayah juga 😭 hurmm.... melalut ke situ pulak ibu ni!

Baru-baru ni kakak tunjuk pantuan dua kerat yang kakak buat sendiri. Tersengih ibu baca pantun kakak, ada bakat berpantun rupanya anak ibu ni ye. 




Bila datang idea berpantun, inilah hasilnya dari Nurul Hazwani. Kadang-kadang kakak rajin mengarang cerita, kadang-kadang kakak rajin melukis anime, apapun yang kakak buat ibu ayah sentiasa sokong asalkan benda baik. 

Kalau kakak ada pantun dua kerat, ibu pun ada pantun untuk kakak. Tapi pantun 4 kerat la ye hehe.

Ada emas ditayang-tayang,
Emas berkilau pemberian suami,
Kedua-dua anak ibu sayang,
Hazwani dan Hazmiralah kebahagiaan kami
😁😁

2 comments:

  1. ada sendu dihati bila baca entri hanim...hati mak sangat la k.sal ni kan...

    ReplyDelete
  2. alahai... manis nyer :) pandai create pantun. comel.
    anak2 dara aida alhamdulillah masih nak la bergambo, Nim.
    dlm phone aida. memang byk.
    yg syuhada tu, no 2, aduhai sgt la byk selfie.
    beratus gambo utk simpan sendiri :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?