Wednesday, October 04, 2017

# Carboot Sale Kota Damansara

Gelagat pengunjung di cbs!


Assalamualaikum!


Antara yang membuatkan aku selalu nak datang cbs ni ialah sebab aku suka tengok gelagat pengunjung yang datang ke sini setiap minggu. Ko boleh jumpa macam-macam jenis orang dan gelagat mereka hehe. Kalau cuaca baik dan cerah lagi ramai pengunjung lagi seronok!

Ada orang tak suka keadaan bersesak-sesak, ada orang suka. Bagi aku, aku pun tak suka membeli-belah dalam keadaan bersesak-sesak, tapi mujurlah kat cbs ni konsepnya open so memang boleh lalu lagi dan tak perlu berhimpt-himpit macam dalam mall tu kan!


Seawal kul 7 pagi orang dah mula berpusu-pusu masuk cbs ni dan berterusan sehingga ke pukul 9 lebih. Pendek kata, selesa jugakla membeli-belah di sini, cuma kaki tu kena kuat la sebab kena berjalan kan hehe.





Macam biasa, minggu ni kami amik 2 tapak. Cuma yang topi tu bukan kami punya tapi jiran sebelah punya tumpang letak hehe. Tak kisah la kan, kita sama-sama cari makan betul tak. 

Minggu ni aku taknak share pasal barang apa yang dijual di cbs, tapi aku nak share gelagat pengunjung dan pembeli di sana. Alaaaa baca tajuk pun dah obivous kannn hahaa!









Pembeli termuda kami ...comelllllnyaaaa!😍


Yang paling menarik perhatianku adalah pembeli cilik kami ☝ ni . Lucu sungguh tengok gelagat dia! Dia punya nak la kat beg rimau tu, dia pegang tak lepas sampai ke sudah! Maknya dah belikan beg ladybird tapi dia masih nakkan jugak beg rimau tu. Pastu datang kat aku senyum-senyum cium tangan, adehhh...cairrrrrr! Kenapa la awak ni comel sangat ha! Awak senyum macam tu acik dah terus kasi murah je kat mak awak haha. Terus diangkutnya bawa balik tak bagi maknya pegang hehe.

Tak kira peringkat umur, kalau kita boleh buat orang tu senyum kita pun akan dapat rasa bahagianya secara automatik! Apapun terima kasih adikku yang manis comel lote. You have made my day! 😘



4 comments:

  1. meriah nyaaaa .. comel je budak tu

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..comel sungguh budak tu. Saya kalau pergi kl, antara tempat wajib pergi emmang CBS ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau saya Tak suka beli belah macam ni. Ramai sangat orang. Tapi murah-murah kan barangnya

    ReplyDelete
  4. kan..kepuasan pembeli buat kita happy ...moga sentiasa mrah rezeki Hanim sekeluarga . Aamiin.

    ReplyDelete

Apa kata korang?