Monday, October 30, 2017

# Cerita My Pearls # Perpustakaan MBPJ

Hujung minggu di Perpustakan MPBJ


Assalamualaikum!


Dah lama kita tak berkunjung ke perpustakaan, sampaikan kakak pun dok mengulang soalan yang sama bila kita boleh pergi perpustakaan sebab kakak nak baca buku. Bukan nak menyekat aktiviti kegemaran kakak, tapi jadual padat kita sekeluarga setiap hari setiap minggu menyebabkan ibu terpaksa menangguh sebentar perancangan ke sini.

Alhamdulillah, dapat juga kakak dan adik lepaskan hajat datang melawat 'kawasan' heeeee. Masuk je dalam, masing-masing terus berlari ke rak buku untuk ambil buku cerita yang disukai. 



Kakak suka sangat membaca buku, tapi bahan bacaan dia lebih kepada komik. Kalau pinjam buku baru dia ambil yang jenis novel remaja. Yang adik suka baca buku yang ada princess. Kulit buku kalau dia tengok cantik warna-warni dia suka lah. Baca sehelai dua, pastu dia bangun ambil yang lain hehe.

Tapi kenapa sampai kena pergi perpustakaan MBPJ ye? Jauh tu dari rumah! Kat KL pun ada perpustakaan ape ... Perpustakaan Negara lagi! Sebenarnya, kebetulan ada karnival di kawasan berhampiran situ, jadi aku memang bercadang nak bawa anak-anak sertai aktiviti sempena karnival. Ye la ... Isnin sampai Jumaat dah sibuk dengan sekolah. Malam mengadap homework lagi. Hari Sabtu sekadar ikut aku ke opis untuk siapkan kerja. Ahad dah kena ikut meniaga. Kesian diaorang takda aktiviti sendiri, so ibu dan ayah cuba juga untuk bawa kakak dan adik ke perpustakaan supaya kakak dan adik tak rasa bosan buat benda yang sama sepanjang minggu. 




Bila membaca buku tu, aku tak terhadkan kepada membaca je. Disebabkan diaorg agak lemah dalam subjek B.I, maka setiap kali diaorang habis baca 1-2 muka surat aku akan buat aktiviti spelling atau ejaan bersama diaorang. Alhamdulillah kakak dan adik suka buat spelling, tapi dengan syarat diaorang kena baca dulu buku cerita tu. 

Mira dah lancar tapi sebutannya masih ' ke laut' hehe, tapi dia pun bersemangat nak buat spelling. So, kita main spelling sama-sama la. Dengan aku sekali kena buat spelling hehe, tapi nak bagi seronok mak pak kenalah libatkan diri sekali kan. Walaupun kita dah tau mengeja, tapi tak salah kalau anak pulak soal kita. Barulah diaorang nak buat lagi aktiviti tu untuk masa akan datang.

InsyaAllah next time kita repeat datang lagi ke sini k. Selesa dan sejuk je kat dalam ni, senang pun senang sebab di tingkat bawah.

1 comment:

Apa kata korang?