Kami jual barang apa di carbootsale?

Friday, October 13, 2017


Assalamualaikum!



Teringat di awal-awal pembabitan kami dalam dunia carboot. Memula dulu kami jual baju lelaki dan perempuan, tudung bawal dan kasut je. Kebanyakannya adalah dari stok kami sendiri sebab niat masa tu nak kasi clearkan barang dan baju bajan dalam almari yang masih elok tapi dah tak muat untuk dipakai.

Tapi lama kelamaan kami jadi makin seronok dan sedikit-sedikit baju-baju digantikan dengan barangan lain seperti yang korang tengok sekarang ni.









Nak menjual pun kena tengok samada barang tu dibenarkan di cbs atau tidak. Ada penganjur yang telah menetapkan syarat jenis-jenis barangan yang boleh dan tidak boleh dijual. Ada sekali kami kena tegur dengan penganjur sebab jual barangan kraf hehe. Apapun kena akur la dengan peraturan mereka kan. 

Dan sebab barangan kami jual ni ada yang datang dari stok sendiri, maka kami akan bersihkan dan cuci dahulu sebelum dijual. Bukan main lambak terus dari guni. Bila barang bersih pelanggan pun yakin nak beli. Walaupun barangan terpakai, tapi kebersihan kena la jaga. Tak gitu? 😉

You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. wahhh! yela...daripada simpan baik la jual kan...boleh beli yg lain...Sally pun jual tapi kat Carousell jela...tak mampu nak bercarboot sale lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun ada jual ikit-sikit kat carousell tapi yang terpilih je la hehe

      Delete
  2. semoga murah rezeki....macam mana nak mula carbootsale ni ya? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn terima kasih. Kami bermula bila kawan-kawan ajak.

      Delete
    2. Owh...harap boleh buat satu post macam mana nak start cbs ni ya...nak minta lesen macam mana, berapa modal dan sebagainya =)

      Delete
    3. insyaAllah nanti sy buat satu entri khas ya! :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM