Wednesday, October 25, 2017

# Story Kenit

Minggu peperiksaan


Assalamualaikum!

Dari dalam bilik riuh dengar suara dua budak kenit tu. Kita suruh dia ulangkaji matematik, tapi kedengaran seperti dua beradik tu tengah bergelak ketawa bergurau senda di meja belajar. Bila kita tanya buat ape yang riuh sangat tu, diaorg senyap kejap pastu bising balik hehe.

Minggu peperiksaan akhir tahun dah pun bermula. Serentak pulak tu dengan peperiksaan sekolah agama. So kita ulangkaji ala kadar je la. Untuk esok, paper matematik so malam ni kukuhkan balik sifir 1 sampai 12. Buat sikit soalan bahagi dan hafal formula. Untuk sekolah agama, katanya esok paper tauhid dan feqah. 



Tadi kat pasar malam lalu depan orang jual udang longgok dan petai. Terus terkenang sambal udang petai yang aku buat beberapa minggu lepas hehe. Tapi sayang seribu kali sayang, petai-petai kat pasar malam banyak dah kecut.

So, tak jadi la membeli udang dan petai. Takpela..next time la kita buat lagi ye. Kalau dapat sepinggan ni dengan nasi putih....perghhh berbunga-bunga rasanya hati ini hehe.

3 comments:

  1. semoga dapat keputusan yang cemerlang =)

    ReplyDelete
  2. syafi pun mula periksa hari ini. good luck untuk semua anak2

    ReplyDelete
  3. Terliur plak tgk sambal udang petai tu ... Semoga anak2 kita semua berjaya ...

    ReplyDelete

Apa kata korang?