Tinggi mana dah dia?

Friday, October 06, 2017


Assalamualaikum!


Anak dara sulungku ... dah panjang dah dia! Ramai orang cakap, anak-anak tinggi ikut aku. Kaki panjang ikut aku. Ehemm ... tinggi je ke? comel dan manis ikut siapa? Ikut ayahnyeeeee??? Huh ... wateverrrrrrr hahaha!

"Kakak kan kuat makan", tu la jawabnye bila aku tanya kenapa lepas makan nak makan lagi haha. Mengaku pulak tu! Di peringkat umur begini memang begitulah kot yek hehe. Aku tak ingat pulak aku kuat makan ke tak masa umur 10 tahun. Yang pasti aku tak banyak 'mengembang' waktu tu cuma 'memanjang' je haha.

Anak dara sulung aku ni pun ada potensi ke arah tu nampaknya hehe. Dulu makannya memilih. Sekarang lauk apapun dah boleh masuk sikit-sikit, pedas sikit-sikit pun no hal janji makan nasi bertambah hehehe.



Walaupun dia hampir nak sama tinggi ngan ayahnya, tapi masih di takat bahu ibu heeeee. Masih ada banyak masa untuk kakak membesar dan memanjang bagai juara! Tapi yang pasti selera makan kakak bertambah-tambah sejak memasuki usia 10 tahun ni. Alhamdulillah syukur ... anak-anak dah ada selera makan, ibubapa mana yang tak happy kan. Moga kakak dan adik membesar dengan sihat dan dapat belajar dengan tenang.






Sekarang ni dia tengah eksaited menunggu. Menunggu ape? menunggu untuk keluar dari rumah dan terokai dunia luar! Haihh .. tido malam pun berkepit bawah ketiak ibu lagi, boleh ke kakak nak tido berjauhan ibu nanti ni? Keeee ibu yang akan berendam air mata nanti? huhu...

💗💗

You Might Also Like

0 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM