Breaking

Thursday, October 12, 2017

Tips Urus Duit Gaji & Bagaimana Nak Survive Sehingga Bulan Berikutnya


Assalamualaikum!


Gaji masuk awal semalam? Suka takkkk? Sukkkkaaaaaaaa haha! Yeaaaa siapa tak suka gaji masuk awal ye dak! Setiap kali tiba musim perayaan mesti gaji gomen akan jadi awal seminggu. Tapi ni kita nak bagitau bahagia gaji awal ni sekejap je ye. Jangan tertipu dengan 'kekayaan' yang sementara tu ye, sebab nak menunggu gaji seterusnya umpama menanti tempoh matang SSP 45 hari haha!

Yang keje swasta rasanya tak perlu bimbang, sebab pengeluaran gaji tak banyak beza setiap bulan. Ada perayaan ke takda perayaan ke sama jugak tarikh keluarnya. Tapi yang keje gomen kena cerdik sikitlah menguruskan duit gaji ni. Kena pandai belanja, simpan dan bajet untuk waktu-waktu kecemasan supaya tak menangis dibucu katil huhu.


gambar hiasan


Tips Urus Kewangan Bila Gaji Masuk Awal

Harga barang naik dan tak menentu, itulah yang berlaku sekarang. Maka, gaji yang kita dapat setiap bulan tu haruslah diurus dengan baik. Masalahnya, nak urus dengan baik macam mana lagi kalau semua harga barang keperluan kita naik? Bukan semua orang suka joli duit gaji dia tak tentu hala. Mak-mak ni pun dok pening fikir macam mana lagi nak jimatkan duit. Pampers, susu, makanan asas dan pakaian itu semua tak boleh dikurangkan sebab keperluan.

Ada orang cakap,"habis jimat dah ni kak, nak cut budget macam mana lagi??". Ye la .. macam aku cakap tadi, bukan semua orang suka-suki nak joli duit gaji tak tentu hala. Apa yang kita belanjakan tu pun semua untuk keperluan keluarga kita. Jadi, selain dari berjimat cermat apa lagi yang kita boleh lakukan untuk menambah dan menguruskan kewangan kita supaya cukup setiap bulan terutama bila nak menanti tarikh gaji seterusnya?

1. Overtime atau kerja lebih masa - Gunakan kesempatan dan peluang ini bagi mereka yang layak dan ada kemudahan O.T di pejabat. Kalau hari Sabtu & Ahad korang takda hala tujuan dan hanya duduk di rumah, maka ada lebih baik pergi ke pejabat dan buat O.T. Bila bulan ni korang pulun buat O.T, sekurang-kurangnya, tengah bulan depan korang dah ada duit poket sendiri sementarai menunggu gaji. Takda lah 'kering-kontang' macam sekarang ni!

2. Bisnes sendiri - Untung orang ada bisnes sendiri sebab boleh jana income melalui bisnes. Tak kisahlah ada rumah sewa ke, kereta sewa ke, lori sewa ke, meniaga makanan ke atau apa-apa je, insyaAllah ada rezeki disitu. So kalau korang ada masalah nak urus kewangan dan tiada bisnes lagi, risik-risiklah bisnes yang korang minat dan boleh ceburi asalkan ia tidak menganggu kerja hakiki korang.

3. Jangan tangguh bayar bil/hutang - Hat ni yang paling ditakuti ni! Gaji masuk awal bulan ni, kita pun cakap lah,"Alaaa hujung bulan nantilah baru bayar", haaa alamatnya bil-bil tu semua bertanggak-tanggaklah jadinya! Bila tiba bulan depan punya gaji, dah tak cukup nak bayar bil sebab dah terover bajet! Lalu terjadilah tragedi bil utiliti berbulan-bulan bertunggak disebabkan kealpaan kita ikut jadual membayar. So, rancang awal dan letak tepi duit untuk  bayar bil/hutang ye.

4. Pengangkutan awam - Kalau berdekatan rumah korang ada disediakan pengangkutan awam, maka gunakanlah ia sebaiknya. Sebenarnya, amalan ini lebih dipraktikkan oleh orang bujang atau yang belum ada anak bersekolah. Tapi bagi yang berkeluarga dan ada anak yang bersekolah, mungkin ianya agak sukar. Ada yang perlu menghantar anak ke sekolah jauh dari kediaman, dan mungkin juga di tempat tersebut tiada kemudahan pengangkutan awam. Jika begitu, memang penggunaan kenderaan tak dapat dielakkan ye dak. 

Tu sajelah tips dari aku setakat ini. Kalau korang ada cadangan lain bolehlah share kat ruang komen di bawah. Bagi yang senasib dengan aku (gaji awal) kenalah 'siapkan payung sebelum hujan ribut' hehe. Kita tak boleh hidup hanya bersandarkan dengan duit gaji semata-mata. Zaman sekarang kena ada alternatif lain untuk menabung. Apatah lagi duduk dibandar besar! So, selamat menikmati gaji pada yang dah dapat gaji tapi beringat untuk menyimpan.

3 comments:

  1. aida terus byr bil.
    terus saving mcm biasa.
    then, pe yg baki tu, tu la dia, Nim.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  2. satu tips yang bagus...actually satu lagik cara ialah diversify kan simpanan. jgn letak kat asb je semua. letak sikit asb, kat stashaway , insurance etc..atau zaman skrg utk sesapa yang pakai telefon pintar bole try forex..tp jgn letak bebanyak..try minimum depo. belajar n tgk mcm mana org lain buat , mmg tak mustahil duit tu bole berkembang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.