Friday, November 24, 2017

# Cerita My Pearls

Cepatnya masa berlalu!


Assalamualaikum!


Semalam adalah hari pengumuman keputusan UPSR. Tahniah kepada semua pelajar darjah 6 yang telah menerima keputusan semalam. Tak kisahlah apapun keputusannya, sentiasa ingat perjalanan kamu masih jauh, masih boleh diperbaiki. Janganlah mudah putus asa ok. Kamu masih boleh pergi tingkatan 1 dan buktikan yang kamu boleh buat lebih baik dari yang sekarang.

Bila kakak tanya aku dulu UPSR dapat berapa A? Telan ailio ibu nak jawab ... nak tipu ke idok haha! Ishh takdela aku nak nipu ... terus terang aku cakap "3B 1 C"! Memang atok agak marah masa tu, tapi kena redho la kan. Sekurang-kurangnya, aku masih menunjukkan minat untuk sambung belajar ke tingkatan 1. Kalau aku cakap taknak sekolah waktu tu, mau atok kasi kawin awal-awal hahaha! 

Hurmm ... semalam gambar ni lalu kat timeline aku. Comel sungguh kakak waktu ni. Umur baru 5 tahun katakan ... inesen je muka tu. Ikut je apa ibu ayah cakap. Ibu rindu sangat waktu kamu kecil kakak ... sebab ibu merasakan ibu tak cukup spend time dengan kamu dulu 😭



Gambar ni diambil lima tahun lepas, kemudian kakak sambung tadika di PJ pula. Anak kecil manja ibu sekarang dah semakin meninggi dan membesar. Tup tup dah nak masuk darjah 5 tahun depan ...alhamdulillah.

Moga anak ibu membesar jadi anak solehah berjaya dalam bidang yang kakak suka. We love you kakak!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?