Tuesday, November 14, 2017

# Story Kenit

Kita masih ada harapan!


Assalamualaikum!


Ok, this is going to be a short entry for today. Dalam perjalanan aku dan Mira ke PJ menaiki LRT, kami menyaksikan pemandangan yang cukup indah! Pemandangan indah dalam LRT yang kami naiki. Indah bukan bermaksud dalam LRT tu ada haruman bau pokok bunga atau desiran air terjun yang mengalir. Tapi pemandangan indah yang aku maksudkan adalah ... rasa timbangrasa dan keprihatinan rakyat Malaysia!

Kami dua beranak je tadi, sebab kakak kena pergi sekolah untuk latihan hari Anugerah Cemerlang dan Mira 'dicutikan'. Setibanya kami di stesen Dang Wangi, pasangan Cina suami isteri dan cucu (barangkali) mereka masuk ke dalam LRT. Tiada tempat duduk yang kosong tersedia masa tu, kerana ramai orang. Dan secara spontan kami berdua bangun untuk memberikan tempat kami kepada pasangan tu.


gambar hiasan



Tapi rupa-rupanya, bukan kami saja yang bangun, malah orang di depan tempat duduk kami juga turut bangun menawarkan tempat duduknya pada pasangan tersebut. Nampak tak disitu? Walaupun kadang-kadang kita dengar orang komplen pasal sikap tidak prihatin sesetengah masyarakat ketika berada dalam LRT, tidak menghiraukan orang tua atau ibu mengandung, namun apa yang aku dan Mira saksikan tadi sungguh berbeza! It was like .... in 2 seconds diaorang masuk dalam LRT dan semua yang duduk automatik bangun offer mereka duduk! 

Indah ...sungguh indah.

Hati yang tenang bukan diukur dengan wang berbukit. Hati yang tenang bukan diukur dengan anak yang ramai. Hati yang tenang bukan diukur dengan barangan mewah. Tapi hati kita akan jadi lebih tenang bila kita mulakan hari kita dengan membantu insan lain, walaupun ia sekecil-kecil bantuan. 


1 comment:

  1. Hati yang tenang bukan diukur dengan wang berbukit. Hati yang tenang bukan diukur dengan anak yang ramai. Hati yang tenang bukan diukur dengan barangan mewah. Tapi hati kita akan jadi lebih tenang bila kita mulakan hari kita dengan membantu insan lain, walaupun ia sekecil-kecil bantuan. Cantiknya ayat-ayat ini!

    ReplyDelete

Apa kata korang?