Thursday, November 23, 2017

# Something in my head

Perbankan Internet Yang Lembap Bukan Bank Pilihan Saya!


Assalamualaikum!


Hari gaji sepatutnya jadi hari paling indah, tapi keindahan itu telah dicemari dengan kelembapan teknologi yang sepatutnya tidak berlaku keatas sebuah institusi perbankan yang telah beroperasi berpuluh-puluh tahun!

Dari pagi tadi sampai ke saat aku menaip ni, perbankan internet irakyat.com.my masih tidak dapat diakses! Arghhhhhh .... apekeheinye kamu ha?! Bank lain takda masalah pun nak akses time hari gaji, bakpenye kamu ni teruk bebenor dari pagi tadi sampai sekarang asyikkkkkkkkkk 'This page isn't working'!




Bila dah dapat akses sekejap, masukkan username dan tekan 'login' dia buat hal balik!! Loading bapak punya lama dan aku kena keluar balik page tu dan masukkan username semula. Kebodohan apakah yang cuba kamu nak sampaikan ini??? Server apa kamu guna ni?? Kalau ada masalah kenapa tak diupdate dalam Facebook??? Orang lain dok tanya kenapa akses kamu lembap sangat, tapi ini jawapan cliche yang kamu bagi,

"Mohon PM maklumat lanjut untuk semakan pihak kami terlebih dahulu. 
Terima kasih"

Empat orang mengadu masalah, empat jawapan yang sama ko bagi! Orang nak tahu apa masalah perbankan internet awak tak boleh masuk, tak perlu suruh PM. Bagitau je kat situ kenapa dan apa penyelesaian awak! Ni dah nak masuk tengahari dah ni weh!

Kalau masalah akses perbankan internet pun ko gagal nak atasi dari sekarang, simpan ajelah moto 'Bank Pilihan Anda' tu sebab telah terang dan nyata anda GAGAL! Tolong ye, tolong perbaiki sistem anda terutama di waktu-waktu puncak seperti tarikh gaji seperti hari ini agar kami pelanggan-pelanggan anda senang nak berurusan secara online. Sampai saat aku nak habis taip ni pun page dia tak habis loading lagi ....grrrrr!

Update at 1.30pm : Urusan perbankan online aku telah selesai ... finally after half day waiting! Tapi still page dia lambat giler loading!

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?