Breaking

Tuesday, November 21, 2017

Raikan Hari Kanak-Kanak Bersama AirAsia & Kidzania Kuala Lumpur!


Asaslamualaikum!


Happy Children's Day to all the kiddos! Baru-baru ni aku berkesempatan membawa dua orang puteriku ke KidZania Kuala Lumpur untuk bersama-sama AirAsia meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Sepanjang satu hari disana, banyak aktiviti dan program menarik serta menyeronokkan disediakan untuk kanak-kanak yang hadir bagi memberi peluang mereka untuk bersinar dan menjadi Allstar, gelaran yang diberikan oleh AirAsia untuk semua stafnya.



Bagi memeriahkan sambutan, pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan oleh Kidzania dan AirAsia. Antaranya, kanak-kanak diberikan peluang untuk menjadi chef dan berpeluang memasak sendiri piza, salah satu hidangan kanak-kanak yang ada dalam penerbangan AirAsia.

Mereka juga diajar bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri dan berpenampilan menarik dan kemas dalam satu grooming session yang dikendalikan sendiri oleh AirAsia expert. Bukan tu je tau, mereka juga disolek dengan cantik menggunakan produk Simplicity. Dan bila selesai task-task ini, mereka akan diberi kad kecil beserta cop Kidzania yang membolehkan mereka menebus hadiah di kaunter informasi Kidzania!





Sebelum itu, kami meyaksikan pelancaran majlis dalam Bananana! Theatre, dimana Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad dan Pengarah Komersil AirAsia, Encik Spencer Lee menyatakan hasrat masing-masing tentang program-program yang disediakan sempena sambutan Hari Kanak-Kanak kali ini.


Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad


"Kami sangat gembira dengan penglibatan kami dalam inisiatif untuk meraikan kanak-kanak, kerana ia adalah tujuan utama kami disini. Di kidzania Kuala Lumpur, kami selalu menginginkan kolaborasi yang baik dan bermanfaat yang menitikberatkan nilai-nilai murni serta mengukuhkan anak-anak kita dengan pengalaman. Kami berharap untuk melihat lebih banyak kolaborasi yang boleh menyumbang kepada pendidikan generasi muda kita sebagai usaha yang berpandangan jauh seperti rakan industri kami, AirAsia Berhad", kata Datuk Bandar Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad.


 Pengarah Bahagian Komersil AirAsia, Encik Spencer Lee



"Kami sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kolaborasi yang istimewa ini bagi meraikan kanak-kanak dan saya ingin berterima kasih kepada rakan kami, Kidzania Kuala Lumpur kerana menjadikan program istimewa ini satu kenyataan pada Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Satu kepuasan kepada kami apabila melihat senyuman yang terukir di wajah-wajah kanak-kanak yang begitu teruja untuk menjadi bintang cilik Allstar. Ia juga memberikan kami peluang untuk kami mengalihkan sebentar tumpuan jadual kerja yang sibuk kepada anak-anak kita supaya mereka membesar secara sihat, selamat, berinovasi dan dalam persekitaran yang mendidik, seperti Kidzania," ucap Encik Spencer Lee, Pengarah Bahagian Komersil AirAsia.





Untuk peminat Ejen Ali, ada satu berita baik untuk korang! Sempena cuti sekolah ini, peminat Ejen Ali yang membawa pakej Ejen Ali Lil' Star Combo yang boleh didapati bila menempah penerbangan AirAsia Malaysia (airline code AK) dan AirAsia X (D7) ke kaunter tiket Kidzania Kuala Lumpur akan berpeluang menikmati diskaun 30% tiket masuk. So, korang jangan buang packaging Ejen Ali yang korang tempah melalui AirAsia tau. Simpan dan tunjuk kat kaunter Kidzania, nanti korang akan dapat diskaun untuk anak-anak.

AirAsia dan Ejen Ali juga mengajak ibubapa untuk menghantar gambar anak-anak mereka melakukan aksi melalui laman sosial Facebook AirAsia, Instagram dan Twitter dari sekarang sehingga 31 Disember 2017, sebagai sebahagian dari kempen #MisiAspirasiAirAsia untuk memberi inspirasi dan memperkuatkan kanak-kanak untuk menjadi pemimpin dunia di masa hadapan. Sepuluh (10) kanak-kanak bertuah akan terpilih untuk menyertai Ejen Ali dan AirAsia dalam satu misi rahsia untuk memberi pertolongan dan kebahagiaan kepada manusia diseluruh dunia. Mereka juga akan menerima hadiah-hadiah menarik termasuklah penerbangan AirAsia percuma SATU TAHUN untuk seluruh keluarga.




Lastly, terima kasih atas jemputan AirAsia untuk meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa di Kidzania Kuala Lumpur. Anak-anak sungguh gembira dan enjoy dengan program yang diadakan pada hari itu. Banyak yang mereka pelajari terutama dari segi tatahias dan kekemasan diri serta bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang peraduan Ejen Ali ni, korang boleh layari www.ejenali.my/airasia atau ingin tahu tentang sebarang informasi terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, bolehlah ikuti AirAsia di Twitter (www.twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Zhank You!

3 comments:

  1. Kidzania sinonim dengan kanak- kanak kan....seronok la anak- anak Hanim kat sini..anak akak dah besar...tak nak dah layan Kidzania ni...

    ReplyDelete
  2. Ty yg dh besar ni pun teringin nk gi kidzania.. hii cm best ja

    ReplyDelete
  3. syoknya..tak pernah lagi pergi kidzania

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.