Wednesday, November 08, 2017

# Cerita My Pearls # Sekolah Rendah

Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Versi Baru


Assalamualaikum!


Minggu ni minggu pulangkan buku teks sekolah. Lepas tu diaorang dah sibuk dengan Hari Terbuka dan Hari Anugerah Cemerlang. Lepas tu baru boleh cuti dengan senang hati. Mak-mak pulak ada tugasnya tersendiri ... iaitu cek keputusan peperiksaan sekolah anak-anak haha. Gitulaaaaa setiap kali anak-anak habis peperiksaan. Mak-mak pulak yang kalut nak tahu pencapaian anak-anak macam mana.

Tapi itulah lumrah kita sebagai ibu betul tak. Anak yang jawab peperiksaan, mak-mak yang eksaited nak tahu keputusannya. Sampaikan ada yang sungguh-sungguh mengharap anak dia dapat straight A's padahal budak tu baru darjah 1. Rilek mommies ... tak semestinya dapat selain A tu menunjukkan anak kita tak pandai. Yang penting mereka berjaya menjawab soalan dan tugas kita sebagai ibubapa adalah untuk meraikan kejayaan mereka menjawab soalan peperiksaan.



Sekarang ni nak cek result peperiksaan anak cukup senang. Tapi bagi aku, interface yang versi baru ni agak leceh la. Sebelum ni, masuk je website SAPSNKRA terus masukkan nombor mykad anak, dia akan keluar paparan nama pelajar dan nama sekolah. Kemudian barulah kita pilih jenis peperiksaan dan boleh pilih nak paparan slip atau markah peperiksaan. Terus dia tunjuk keputusan dalam bentuk pdf.

Interface yang baru ni kena isi nombor mykad dulu, kemudian kena pilih negeri dan cari nama sekolah anak. Kemudian baru tekan 'semak'. Kang dia kuar paparan lain pulak suruh pilih tahun dan jenis peperiksaan. Cuma kali ni dekat paparan tu akan keluar nama-nama guru yang mengajar subjek berkenaan, so kita boleh tahu lah cikgu apa mengajar subjek apa.

Tadi aku baru cek result peperiksaan Wani dan Mira. Keputusan telah pun berada di tangan hehe. Kang nak bagi ayah dia tengok pulak. Walaupun diaorang dah bagitau awal-awal dapat berapa markah tapi kita kena semak secara online juga. Alhamdulillah Wani banyak dah improve dia terutama dalam subjek Bahasa Inggeris. Mira pun ada satu dua subjek yang dia cemerlang tahun ni. 

Korang dah semak keputusan peperiksaan anak-anak? Kalau belum boleh cek kat https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/


4 comments:

  1. canggih betol zmn skrg.. sume online je..
    dlu2 kalo nk tgk result ank2 kene g sklh..
    siap ada program temu murni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun ibubapa masih kena pergi sekolah dan result tetap akan diberikan, cuma cikgu akan beri ulasan tentang murid-murid dan dari situ ibubapa boleh tahu lebih lagi perkembangan anak-anak di sekolah :

      Delete
  2. Dah nim..kekya sah semak keputusan anak2.. setakat ni mmg mudah laa mak ayh nak tahu keputusan anak2 bila ada sistem gini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kekya, senang kita nak cek markah anak :)

      Delete

Apa kata korang?