Thursday, November 30, 2017

# Story Kenit

Teringin sangat nak buat macam ni!


Assalamualaikum!


Memang aku dah lama benor teringin nak buat macam ni. Mana-mana pemilik kereta yang suka parking macam haremmmmm, menyusahkan pengguna lain memang perlu ditegur tapi bila dah sampai tahap tegur pun tak jalan haaaa inilah ubeknyo!

Situasi macam ni memang biasa la kan. Mana-mana kita pergi pun ada je benda macam ni berlaku. Kadang kita dah fikir tuk orang lain, tapi orang lain tak fikir sama untuk kita. Dia parking ikut sedap hempedu dia je, pahit kita yang dapat! Itu pun dah cukup berlapik ayat dia bagi, 'CANTIK PARKING'. Kalau ikutkan geram mau aje spraykan kat body kereta tu, 'OTAK KAT MANA?' huhu.



Walaupun aku teringin benor nak buat macam ni, tapi yang dalam gambar ni bukan aku buat la ye. Barangkali hamba Allah tu geram benor, nak masuk kereta parking tak 'lepas' gara-gara kereta hitam ni parking senget sehingga dah duduk atas garisan kuning. Kita ni hidup berjiran dikkk, nak tak nak kena la bertolak ansur. Jangan ingat nak selesa diri sendiri je, nak lepas diri sendiri je. Bila tak reti nak mikir sama untuk orang lain, mungkin inilah satu-satunya cara untuk sedarkan dia.

Cuba fikir ye, kadang-kadang benda macam ni pun boleh buat kita bermasam muka sesama jiran. Sebabnya tak suka bila ditegur. Tapi kalau tak ditegur makin menjadi perangainya! Yang jenis parking kat simpang nak keluar pun ada! Tak rasa bersalah ke dikkkk? Kena kat orang yang masih baik hati, boleh la dia letak kadbod macam tu je dik. Kena ngan orang jenis tak sabar silap haribulan diseretnya aje duit syiling kat body kereta awak tu dikk.





Pak Jelan pernah cadangkan pemandu-pemandu kat Malaysia ni kena amik test jalanraya setiap 6 bulan sebelum perbaharui lesen memandu mereka. Test tu termasuklah untuk parking! Kalau gagal takleh renew lesen, ulang sampai berjaya. Jadi takdalah yang berani nak parking cam hawau macam ni kan!

2 comments:

  1. Selalu jadi dekat kawasan Pekan.. Geram je nengok perangai.. Elok-elok boleh parking dua kereta, dia sorang yang conquer.. adoilah..

    ReplyDelete
  2. lama benau tak masuk blog ni..hadoiiii...anim...orang jenis macam ni kan,rasa nak suruh diorang pi training lagi..Lagi sastu jenis macam ni.tak kisahkan orang..Patutnya dia dah diberikan otak,fikirlah sikit untuk orang lain...haishhhh...nampak muka mommy marah?

    ReplyDelete

Apa kata korang?