Wednesday, November 29, 2017

# Story Kenit

Usia dah 35, perlukah aku merungut lagi?


Assalamualaikum!


Happy belated birthday dah to meeee! Sepatutnya entri birthday kena la buat pada tarikh birthday ye dak, tapi semalam dah ada satu entri kat blog, so kita kasi peluang up hari ni ye hehe. Tarikh 28 November adalah tarikh penting seumur hidupku, dan hari ini usiaku telah menginjak ke satu lagi anak tangga.

Alhamdulillah syukur kerana aku masih berpeluang bangun pagi dan mengucapkan betapa syukurnya aku diatas segala peluang yang Allah berikan. Nikmat mana lagi yang harus aku nafikan? 

Terima kasih pada rakan-rakan yang masih sudi dan ingat untuk mengucapkan selamat hari lahir padaku semalam. Ingatan kalian sungguh bermakna. Paling utama terima kasih pada suami, yang menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari lahir. Terima kasih atas doa yang baik dari abg ... 💗

Tak bermakna meraikan hari lahir tanpa ucapan terima kasih pada orang yang paling utama dalam hidup kita kan. Aku mungkin tidak menunjukkannya dalam kehidupan, tapi percayalah hati ini amat menghargai orang-orang disekelilingnya sekalipun orang itu mungkin boleh jadi musuhnya.


My 💗


Insan bergelar suami, yang selalu berada disisi yang sangat kenal dengan buruk baik perangai isterinya ni hehe, walaupun kami sama umur tapi karakter kami sangat berlawanan. Alhamdulillah 11 tahun menjadi isteri Pak Jelan, dan kami masih diberi peluang untuk meraikan hari lahirku bersama-sama dengan penuh kesederhanaan.


My 💗's


Bila melihat gambar ini, aku jadi makin sebak.  Tiada ungkapan yang lebih layak untuk dua orang insan yang telah membawaku ke dunia ini melainkan ucapan terima kasih kerana melahirkanku 35 tahun yang lepas, dan moga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan hidup diberkati Allah dunia dan akhirat. Tanpa mak dan abah, aku takkan berada disini hari ini. Tanpa mak dan abah, aku takkan ada peluang untuk merasai nikmat hidup berkeluarga. 

Sayangnya aku pada mereka, sampai kan pernah aku terfikir jika aku ini anak lelaki, akan aku jaga mereka sebagaimana sepatutnya. Melayani dan menyantuni mereka, memberikan apa saja yang mereka mahukan, membawa kemana saja mereka nak pergi dan menjaga mereka sepenuh masa. Kasih sayang mak dan abah sentiasa ada untuk kami, moga kami masih diberikan kesempatan untuk membalasnya di dunia ini.


My 💗's

Inilah 'harta' ibu dunia akhirat, walaupun hanya berdua tapi kamu tetap anak-anak kesayangan ibu. Kalau ditakdirkan hanya kamu berdua, biarlah ... yang pasti Allah Lebih Mengetahui. Elok juga, sebab kamu tak perlu berebut ibu dengan adik beradik lain hehe. Kamu berdua ni pun dah boleh buat ibu 'terbelah' dua belas! Biarlah kakak dan adik saja yang bolot semua kasih sayang dari ibu k.

Alhamdulillah .. syukur di atas semua nikmat pinjaman ni ya Allah. Tiada apa lagi yang aku inginkan kecuali kehidupan yang aman dan sederhana bersama insan-insan yang menghargai diriku. 


3 comments:

Apa kata korang?