Monday, December 04, 2017

# Beauty # cermin mata

Koleksi Cermin Mata Terkini Dari Whoosh & Miss Whoosh Glamorous 2017


Assalamualaikum!


Bulan lepas telah berlangsung Miss Whoosh Glamorous 2017 bertempat di pusat membeli-belah NU Sentral yang menampilkan koleksi cermin mata dari jenama Whoosh, salah satu jenama di bawah Focus Point. Acara gilang-gemilang Miss Whoosh Glamorous yang telah pun masuk ke-2 ini diserikan dengan peragaan koleksi cermin mata Whoosh oleh 48 wanita yang jelita dari seluruh dunia yang turut bertanding bagi merebut gelaran 'Miss Whoosh Glamorous 2017'.




Koleksi cermin mata dari Whoosh memberikan penampilan "Fast. Fresh. Forward" dimana ia mementingkan gaya, kualiti dan pemakaian profesional 'on-the-go'. Whoosh menawarkan rangkaian bingkai cermin mata yang bergaya didatangkan dari Korea, serta terbahagi kepada 3 jenis penggayaan yang tersendiri - TRENDY, URBAN dan VINTAGE pada harga mampu milik dan sudah tentu tanpa caj tersembunyi.

Paling menarik tentang Whoosh ini ialah kita boleh mendapatkan cermin mata hanya dalam tempoh masa 30 minit sahaja, kerana Whoosh sangat menekankan perkhidmatan "Choose, Check and Collect" untuk pelanggan kesayangan mereka.




Cermin mata bukan sahaja berperanan menajamkan penglihatan, tetapi pemakaian cermin mata pada zaman kini dianggap sebagai salah satu aksesori fesyen. Ia dilihat sebagai satu elemen yang mampu menyerikan penampilan dan gaya pemakainya. Dan hari ini, rangkaian cermin mata Whoosh memperkenalkan siri koleksi yang terkini dan penuh gaya - versatil untuk sebarang jenis penampilan dan gaya.

Koleksi terbaru ini akan diperagakan oleh Miss Tourism International World Pageant - simbol gaya, kecantikan dan keyakinan - menyerlahkan persona jenama itu sendiri.









Bagi merebut gelaran Miss Whoosh Glamorous 2017, kesemua 48 wanita jelita ini telah bertanding di hadapan barisan juri dengan menggayakan koleksi cermin mata Whoosh dengan penuh santai namun masih kelihatan bergaya. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan kecantikan, kelembutan dan penampilan mereka di atas pentas. Salah seorang dari mereka bukan sahaja memenangi gelaran Miss Whoosh Glamorous 2017, malah turut dilantik menjadi duta oleh Whoosh dan peluang untuk menggayakan koleksi cermin mata Whoosh.

Barisan juri yang bertanggungjawab dalam pemilihan pemenang ialah, Dato' Michael Tio (Managing Director & Group CEO of PKT Logistics Group Sdn Bhd), Datin Winnie Loo (CEO & Creative Director of A Cut Above), Ms Jojo Tan (Supermodel International 2016 World Winner) dan Mr Key Ng (Malaysia Famous Designer).


Sebahagian dari 48 jelitawan bersama barisan juri untuk Miss Whoosh Glamorous 2017

Setelah selesai kesemua 48 jelitawan ini menggayakan koleksi cermin mata Whoosh dengan gaya mereka tersendiri, masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengumuman bagi gelaran Miss Whoosh Glamorous 2017 jatuh kepada ..... Miss Netherlands


Miss Whoosh Glamorous 2017 - Miss Netherlands


Tahniah kepada Miss Netherlands dan juga kepada semua jelitawan yang mengambil bahagian. Ucapan tahniah juga kepada Whoosh di atas koleksi cermin mata yang akan menjadi trendsetter dan kejayaan menganjurkan Miss Whoosh Glamorous buat kali ke-2.




So tunggu apa lagi, kalau korang masih tercari-cari cermin mata atau cermin mata gelap bolehlah berkunjung ke Whoosh di aras LG, NU Sentral bersebelahan Focus Point. Banyak pilihan yang cantik-cantik korang boleh pilih dan semestinya boleh dapat dalam masa 30 minit je!

Untuk maklumat lanjut tentang cermin mata Whoosh, korang boleh layari http://www.whoosheyewear.com/

6 comments:

  1. salam singgah :))

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/kenapa-personalized-gifts-lagi-best.html

    ReplyDelete
  2. Selalu gak temankan kawan opis lepak kat sini pilih spec...

    ReplyDelete
  3. cantik.. nak pilih yg sesuai dgn bentuk muka tu susah sikit. hehe

    ReplyDelete
  4. cermin mata dia rare

    http://www.moviebobynha.site

    ReplyDelete
  5. Kata mata sekarang sangat trendy

    ReplyDelete

Apa kata korang?